Pemandu berusia antara 40 hingga 59 tahun hanya perlu bayar RM30 untuk saringan kesihatan, yang lazimnya telan kos RM80 hingga RM100.Pemandu berusia antara 40 hingga 59 tahun hanya perlu bayar RM30 untuk saringan kesihatan, yang lazimnya telan kos RM80 hingga RM100.

Saringan kesihatan bersubsidi untuk pemandu komersial bermula esok

Per feedback o dubbi su questo contenuto, contattateci all'indirizzo crypto.news@mexc.com.
health screeningProgram sokongan kerajaan itu bertujuan tingkat keselamatan jalan raya, berikutan data Perkeso catat kes kematian pekerja akibat nahas jalan raya meningkat 22% tahun lepas. (Gambar Envato Elements) 

KUALA LUMPUR: Pemandu kenderaan komersial dan pengangkutan awam berusia 40 hingga 59 tahun boleh menjalani saringan kesihatan bersubsidi pada harga RM30 di bawah Program Pemandu Sihat dan Selamat (PPS) bermula esok.

Program ini merangkumi pemegang lesen memandu vokasional bas dan lori yang merupakan pencarum aktif di bawah Skim Bencana Pekerjaan atau Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pemandu yang layak hanya perlu membayar RM30 untuk saringan kesihatan yang kebiasaannya menelan kos RM80 hingga RM100. Baki kos akan ditanggung oleh pihak kerajaan dan Perkeso.

Saringan itu meliputi pemeriksaan fizikal, ujian penglihatan dan pendengaran, saringan apnea tidur, dan penilaian kardiovaskular, pernafasan, neurologi serta muskuloskeletal, selain ujian HbA1c untuk pemandu menghidap diabetes.

Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata, keadaan kesihatan seperti keletihan, gangguan tidur, tekanan darah tinggi, diabetes yang tidak terkawal dan masalah penglihatan boleh mengurangkan tahap kepekaan pemandu serta meningkatkan risiko kemalangan.

“Saringan ini bukan bertujuan membebankan pemandu, tetapi untuk mengesan sebarang masalah kesihatan pada peringkat awal supaya rawatan dan intervensi dapat dilakukan segera,” katanya pada majlis pelancaran program itu di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook yang turut hadir pada majlis itu berkata, tahap kesihatan pemandu harus dilihat sebagai isu keselamatan awam, bukan semata-mata tanggungjawab individu.

“Apabila pemandu tidak sihat, terlalu letih atau mengalami masalah kesihatan yang tidak dikesan, risiko itu bukan sahaja ditanggung oleh pemandu, malah penumpang, pengguna jalan raya yang lain dan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Loke berkata, program itu tidak memperkenalkan syarat baharu kepada pemandu kenderaan komersial, sambil menjelaskan bahawa saringan kesihatan sememangnya diwajibkan untuk pembaharuan lesen vokasional sejak sekian lama.

Sebaliknya, katanya, laporan perubatan kini akan diintegrasikan secara digital ke dalam sistem MySikap JPJ, menggantikan amalan penyerahan borang fizikal sebelum ini.

“Ini akan mengurangkan birokrasi, mempercepat proses untuk pemandu dan membantu agensi kerajaan memantaunya dengan lebih berkesan,” katanya.

Menurut Perkeso, kes kematian pekerja akibat kemalangan jalan raya meningkat 22.3% daripada 94 kematian pada 2024 kepada 115 pada 2025. Pemandu lori merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 62 kes, atau 21% daripada jumlah keseluruhan.

Program itu akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 30,000 pemandu sepanjang tempoh pelaksanaan awal selama enam bulan dari Julai hingga Disember. Ia disokong oleh peruntukan RM12.4 juta, merangkumi RM7 juta daripada Perkeso dan RM5.4 juta daripada Kementerian Kewangan.

Loke berkata, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah mengenal pasti 500 klinik di seluruh negara, dengan kerajaan menyasarkan kira-kira 3,000 klinik panel supaya pemandu boleh menjalani saringan dengan lebih mudah di mana sahaja mereka berada.

Dalam perkembangan berasingan, Loke berkata, kekerapan perkhidmatan LRT3 akan disemak semula selepas kebimbangan disuarakan mengenai masa menunggu sekitar lapan minit.

Beliau berkata, tren ketika ini beroperasi dengan selang masa 7.5 minit pada waktu puncak, dan kementerian akan memantau jumlah penumpang sepanjang bulan depan sebelum memutuskan sama ada kekerapan perkhidmatan perlu ditingkatkan.

“Jika jumlah penumpang meningkat, terutamanya pada waktu sibuk, kita akan minta Prasarana menyemak semula jadual tersebut,” katanya.

Laluan LRT Shah Alam menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: gli articoli ripubblicati su questo sito provengono da piattaforme pubbliche e sono forniti esclusivamente a scopo informativo. Non riflettono necessariamente le opinioni di MEXC. Tutti i diritti rimangono agli autori originali. Se ritieni che un contenuto violi i diritti di terze parti, contatta crypto.news@mexc.com per la rimozione. MEXC non fornisce alcuna garanzia in merito all'accuratezza, completezza o tempestività del contenuto e non è responsabile per eventuali azioni intraprese sulla base delle informazioni fornite. Il contenuto non costituisce consulenza finanziaria, legale o professionale di altro tipo, né deve essere considerato una raccomandazione o un'approvazione da parte di MEXC.