Said Ali Said Rastan berkata, Sanusi Nor cuba bina persepsi dengan dakwaan PN mampu menang semua 36 kerusi di Kedah.Said Ali Said Rastan berkata, Sanusi Nor cuba bina persepsi dengan dakwaan PN mampu menang semua 36 kerusi di Kedah.

Sasaran PN sapu bersih Kedah tak disokong prestasi kerajaan, kata pemimpin Umno

2026/06/13 20:17
2 min di lettura
Per feedback o dubbi su questo contenuto, contattateci all'indirizzo crypto.news@mexc.com.
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling bernama pic 7526Projek LRA Sungai Limau yang terbengkalai antara kegagalan kerajaan Kedah pimpinan Sanusi Nor, dakwa Said Ali Said Rastan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Isu pembangunan dan ekonomi Kedah yang perlahan menimbulkan persoalan terhadap kemampuan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua 36 kerusi DUN pada PRN akan datang, kata seorang pemimpin Umno.

Ketua Umno Pokok Sena Said Ali Said Rastan menganggap keyakinan Menteri Besar Sanusi Nor bahawa PN mampu menang 36-0 sebagai retorik kerana prestasi kerajaan negeri tidak menunjukkan pencapaian yang cukup kukuh.

“Tidak dinafikan PAS masih ada pengaruh kuat di Kedah, terutama di kawasan luar bandar. Tetapi, rekod pencapaian kerajaan negeri tidak menyokong keyakinan ditunjukkan menteri besar,” katanya kepada FMT.

“Apabila seorang pemimpin membuat dakwaan besar tanpa data dan rekod pencapaian kukuh, ia lebih dilihat sebagai usaha membina persepsi, bukan semestinya gambaran sebenar kekuatan di lapangan.”

Beliau mengulas kenyataan Sanusi semalam bahawa PN mampu menang 36-0 di Kedah, seperti kejayaan PAS menyapu bersih semua kerusi DUN di Terengganu pada PRN 2023.

Sanusi sebelum ini dilaporkan berkata, sasaran itu tidak mustahil dicapai berdasarkan momentum semasa PN selain mendakwa parti lawan semakin berpecah dan hilang sokongan rakyat.

Said Ali berkata, realiti di Kedah tidak seperti digambarkan Sanusi dan negeri itu berdepan isu pembangunan selain pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

“Ekonomi Kedah tidak berkembang seperti negeri lain. Beberapa projek penting, termasuk loji air, juga gagal disiapkan seperti dijanjikan,” katanya.

Said Ali merujuk isu projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling terbengkalai yang didakwanya antara contoh kelemahan kerajaan negeri melaksanakan projek penting untuk rakyat.

Pada 7 Mei lepas, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, Putrajaya terpaksa menyalurkan peruntukan tambahan sekitar RM50 juta bagi memastikan projek pembinaan LRA itu dapat diselamatkan.

Menurutnya, kerajaan persekutuan turut terpaksa mengambil alih pengurusan projek itu daripada kerajaan negeri, namun masih memerlukan kerjasamanya untuk beberapa proses seperti kebenaran merancang yang perlu diperbaharui.

Opportunità di mercato
Logo Katana Inu
Valore Katana Inu (KATA)
$0.00002978
$0.00002978$0.00002978
+2.72%
USD
Grafico dei prezzi in tempo reale di Katana Inu (KATA)

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: gli articoli ripubblicati su questo sito provengono da piattaforme pubbliche e sono forniti esclusivamente a scopo informativo. Non riflettono necessariamente le opinioni di MEXC. Tutti i diritti rimangono agli autori originali. Se ritieni che un contenuto violi i diritti di terze parti, contatta crypto.news@mexc.com per la rimozione. MEXC non fornisce alcuna garanzia in merito all'accuratezza, completezza o tempestività del contenuto e non è responsabile per eventuali azioni intraprese sulla base delle informazioni fornite. Il contenuto non costituisce consulenza finanziaria, legale o professionale di altro tipo, né deve essere considerato una raccomandazione o un'approvazione da parte di MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel