Wanita berusia 21 tahun itu beri alasan buang bayi lelaki dalam tong sampah kerana takut dimarahi keluarga.Wanita berusia 21 tahun itu beri alasan buang bayi lelaki dalam tong sampah kerana takut dimarahi keluarga.

Buang bayi dalam tong sampah, pasangan kekasih direman

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
handcuffTimbalan Ketua Polis Cheras Lim Chun How, berkata pasangan kekasih itu direman empat hari sehingga 16 Jun selepas ditangkap di Sepang.

PETALING JAYA: Sepasang kekasih berusia 21 tahun direman berhubung penemuan mayat bayi lelaki di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur, minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Cheras Lim Chun How, berkata dua suspek tidak bekerja itu ditahan di Sepang hasil siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah (D9) IPD Cheras.

Beliau berkata, polis menerima maklumat daripada pihak pengurusan TBS pada 9 Jun berkait penemuan bayi baru lahir dalam beg plastik biru, di tandas wanita di Aras 3 terminal berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut.

“Suspek wanita dipercayai melahirkan bayi berkenaan dalam tandas sebelum membuangnya dalam tong sampah kerana takut dimarahi keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Lim berkata, pasangan itu kini direman empat hari bermula 13 hingga 16 Jun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel