Suruhanjaya Persaingan Malaysia berkata siasatan dapati semua syarikat itu berkongsi maklumat dan berpakat dalam penyediaan bidaan mereka.Suruhanjaya Persaingan Malaysia berkata siasatan dapati semua syarikat itu berkongsi maklumat dan berpakat dalam penyediaan bidaan mereka.

6 syarikat disyaki terlibat kartel tipu bida tender AADK RM5.7 juta

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
myccSuruhanjaya Persaingan Malaysia berkata syarikat terbabit diberi peluang kemuka representasi bertulis dan lisan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengeluarkan keputusan cadangan terhadap enam perusahaan kerana disyaki terlibat dalam kartel menipu bida tender pembekalan makanan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bernilai RM5.7 juta.

Pengerusi MyCC, Idrus Harun dalam satu kenyataan berkata hasil siasatan suruhanjaya itu mendapati semua perusahaan terbabit terlibat dalam perkongsian maklumat dan berpakat dalam penyediaan bidaan mereka.

Beliau berkata MyCC mendapati bahawa perjanjian sedemikian mempunyai objektif untuk menghalang, menyekat atau mengekang persaingan secara ketara berhubung dengan perolehan awam dalam pembekalan makanan mentah, segar dan kering.

“Perusahaan-perusahaan ini didapati secara berperingkat melanggar Seksyen 4(1) dibaca bersama Seksyen 4(2)(d) dan 4(3) Akta Persaingan 2010. Tender yang terjejas melibatkan nilai perolehan sebanyak RM5.7 juta,” katanya.

Bagaimanapun, Idrus berkata pada peringkat ini, keputusan cadangan tersebut merupakan dapatan awal dan tidak boleh dianggap perusahaan berkenaan melanggar Akta 712 secara konklusif.

Setakat ini, katanya, semua perusahaan terbabit telah dimaklumkan mengenai cadangan penalti kewangan yang akan dikenakan terhadap mereka.

“Mereka diberi peluang untuk mengemukakan representasi bertulis dalam tempoh 30 hari selepas menerima keputusan cadangan serta membentangkan representasi lisan di hadapan suruhanjaya pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

“MyCC hanya akan mengeluarkan keputusan akhir selepas mempertimbangkan representasi yang dibuat oleh perusahaan-perusahaan ini bersama-sama dengan bukti yang diperoleh semasa penyiasatan,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel