Manain Mat Harun didakwa terima wang RM156,336 daripada individu yang mempunyai hubungan tugas rasmi dengan beliau.Manain Mat Harun didakwa terima wang RM156,336 daripada individu yang mempunyai hubungan tugas rasmi dengan beliau.

Pengarah Majlis Perbandaran Kemaman didakwa 32 tuduhan rasuah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Manain Mat HarunPengarah Jabatan Kawalan Bangunan di Majlis Perbandaran Kemaman, Manain Mat Harun didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas 32 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM156,336. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pengarah Jabatan Kawalan Bangunan di Majlis Perbandaran Kemaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas 32 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM156,336.

Manain Mat Harun, 49, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri, lapor Bernama.

Mengikut tuduhan, Manain didakwa menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya daripada seorang individu yang diketahui mempunyai hubungan tugas rasmi dengan tertuduh.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di sebuah bank di Taman Chukai Utama, Kemaman antara 8 Okt 2015 hingga 10 Jan 2020.

Penjawat awam itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee menawarkan jaminan RM50,000, selain syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Peguam Mohd Shahir Mat Jusoh yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya menanggung isteri dan anak-anak yang masih bersekolah.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM36,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Market Opportunity
Matchain Logo
Matchain Price(MAT)
$0.06236
$0.06236$0.06236
-3.42%
USD
Matchain (MAT) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel