Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri percaya Bersatu tidak akan berdiam diri jika disingkirkan daripada PN.Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri percaya Bersatu tidak akan berdiam diri jika disingkirkan daripada PN.

Tak mustahil kemelut PN berakhir di mahkamah, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
logo bersatu pasPN dilanda krisis selepas tamatnya kerjasama politik antara PAS dan Bersatu.

PETALING JAYA: Penganalisis tidak menolak kemungkinan kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN) berisiko berakhir di mahkamah sekiranya pertikaian mengenai kedudukan parti dalam gabungan itu gagal diselesaikan secara dalaman.

mazlan aliMazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata krisis berkenaan dijangka berlarutan walaupun apa jua keputusan dicapai dalam masa terdekat termasuk penyingkiran Bersatu.

Menurutnya, PAS dan Bersatu tidak boleh menyingkirkan satu sama lain secara unilateral, sebaliknya sebarang keputusan berkaitan kedudukan parti komponen perlu dibuat mengikut perlembagaan PN.

“Saya rasa perbalahan ini akan berpanjangan kerana untuk sampai ke tahap menyingkirkan satu sama lain bukan perkara mudah.

“Ia boleh sampai ke peringkat undang-undang,” katanya kepada FMT yang membayangkan kemungkinan itu berdasarkan hujah wakil Bersatu membabitkan Perlembagaan PN.

Kelmarin, bekas pegawai kepada presiden Bersatu, Marzuki Mohamad bahawa parti itu tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya daripada PN sebaliknya hanya boleh diputuskan oleh Majlis Presiden.

Beliau merujuk Fasal 7A Perlembagaan PN yang memperuntukkan bahawa majlis itu, dianggotai presiden parti komponen, mempunyai kuasa membuat keputusan muktamad berhubung perkara disiplin melibatkan anggota gabungan.

Mazlan berkata pertikaian itu juga boleh menjadi lebih rumit jika Bersatu atau PAS tetap terus menggunakan lambang PN sekiranya mereka terus mempersoalkan kedudukan masing-masing.

Krisis dalaman PN bermula susulan isu peralihan jawatan menteri besar di Perlis yang kini memuncak kepada penamatan kerjasama dua parti itu dan seterusnya melarat kepada usaha menyingkirkan Bersatu.

Mengesahkan perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat PAS malam ini, Presiden Hadi Awang berkata penyingkiran parti dalam PN bergantung keputusan suara majoriti anggota komponen dalam gabungan itu yang turut terdiri Gerakan serta MIPP.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin malam tadi berkata parti itu kekal dalam PN dan akan bertanding atas lambang itu pada pada pilihan raya.

Muhyiddin turut mengingatkan hal penyingkiran memerlukan konsensus, bukan hanya sepihak.

Zaharuddin Sani Ahmad SabriZaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri pula berkata Bersatu yang mendakwa menjadi pengasas PN pastinya tidak akan berdiam diri jika disingkirkan dengan cara sedemikian.

“Mereka pasti menggunakan segala saluran sah, termasuk perlembagaan parti, undang-undang dan kemungkinan membawa isu ini ke mahkamah.

“Atau menunggu keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS),” kata penganalisis dari Global Asia Consulting itu yang menjangkakan keadaan berkenaan jika pihak disingkir membuat aduan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00003226
$0,00003226$0,00003226
+10,25%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel