Chu Poh Yee dalam misi mempertahankan kerusi DUN Mengkibol yang dimenangi PH pada PRN Johor 2022. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: DAP menamakan peguam Chu Poh Yee sebagai calonnya bagi kerusi DUN Mengkibol pada PRN Johor, 11 Julai depan.
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, mengumumkan Chu, 33, yang juga anak kelahiran Kluang, sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada ceramah di Kluang malam ini.
Chu akan menggantikan penyandang Adun Mengkibol, Chew Chong Sin, yang mempertahankan kerusi itu untuk PH pada PRN Johor 2022.
Pada majlis sama, Loke turut mengumumkan Chew sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Labis pada PRU akan datang, susulan keputusan penyandang Ahli Parlimen ketika ini, Pang Hock Leong, untuk tidak mempertahankan kerusi terbabit.
Mengkibol, yang terletak dalam kawasan Parlimen Kluang, antara kerusi paling kukuh DAP di Johor.
Pada PRN 2022, Chew memenangi kerusi itu dengan majoriti 10,107 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

