Mazlan Ali berkata PAS dilihat guna kedudukan strategik termasuk pengerusi PN untuk kecilkan pengaruh Bersatu.Mazlan Ali berkata PAS dilihat guna kedudukan strategik termasuk pengerusi PN untuk kecilkan pengaruh Bersatu.

PAS menang pusingan pertama, Bersatu dijangka melawan, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
radzi jidin azmin aliMazlan Ali berkata langkah melucutkan khidmat Radzi Jidin dan Azmin Ali akan memulakan suatu bentuk tindak balas daripada Bersatu.

PETALING JAYA: Bersatu tidak akan berdiam diri selepas dua pemimpinnya dilucutkan daripada jawatan utama Perikatan Nasional (PN), tindakan dilihat memberi kemenangan pusingan pertama kepada PAS dalam krisis dalaman gabungan itu, kata penganalisis.

mazlan aliMazlan Ali.

Mazlan Ali berkata, langkah melucutkan khidmat Radzi Jidin sebagai ketua pengarah pilihan raya PN dan Azmin Ali, timbalan setiausaha agung menunjukkan PAS mula menggunakan kedudukan strategiknya dalam PN untuk mengecilkan pengaruh Bersatu.

Beliau merujuk kedudukan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi PN yang menggantikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Februari lalu.

“Untuk pusingan pertama ini, PAS sudah menang. Pelucutan ini saya jangka memulakan suatu bentuk tindak balas daripada Bersatu,” katanya kepada FMT.

Mazlan berkata, Bersatu mungkin cuba mendapatkan sokongan parti komponen lain seperti Gerakan dan MIPP bagi mengimbangi semula pengaruh PAS.

Bagaimanapun, katanya belum jelas sejauh mana parti itu bersedia bersama Bersatu dalam pertikaian dalaman PN.

Kedudukan Radzi digantikan Bendahari PN Sanusi Nor manakala kekosongan oleh menteri besar Kedah itu diisi Timbalan Presiden MIPP S Subramaniam.

Rombakan itu dibuat ketika PN sedang bersiap menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan, selain penamatan kerjasama PAS dan Bersatu yang meruncingkan lagi krisis gabungan itu.

Syaza ShukriSyaza Shukri.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula berkata, perkembangan itu bukan penamat konflik, sebaliknya permulaan pertarungan politik lebih besar.

Menurutnya, terlalu awal menganggap perkembangan itu sebagai kemenangan mutlak mana-mana pihak, malah ia sedikit-sebanyak memberi kesan kepada imej PN.

“Azmin membawa pengalaman politik luas, Radzi memiliki kredibiliti tersendiri selepas mencatat kemenangan besar di Putrajaya.

“Kehadiran mereka membantu memberikan imej PN sebagai gabungan lebih bersifat nasional dan tidak terlalu dilihat didominasi PAS semata-mata,” katanya.

Zaharuddin Sani Ahmad SabriZaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri pula berkata, pengguguran Radzi dan Azmin memberi mesej jelas PAS kini semakin dominan dalam PN selain Bersatu pula berdepan risiko dilihat sebagai ‘parti penumpang’.

“PN bukan lagi wadah konsensus, tetapi platform dominasi PAS,” katanya yang turut berpandangan perkembangan itu mungkin menjejaskan moral akar umbi Bersatu.

Katanya, ia menimbulkan persoalan mengenai kedudukan Bersatu dalam gabungan itu, terutama jika parti berkenaan tidak mampu memberi tindak balas berkesan.

“Jika tokoh utama mereka boleh digugurkan begitu sahaja, apa lagi yang tinggal untuk parti?,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002951
$0.00002951$0.00002951
+1.79%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel