GRS bukan lagi sekadar gabungan pilihan raya, tetapi berperanan sebagai wadah konsolidasi kuasa politik tempatan Sabah.GRS bukan lagi sekadar gabungan pilihan raya, tetapi berperanan sebagai wadah konsolidasi kuasa politik tempatan Sabah.

GRS wadah penyatuan parti tempatan, jambatan apirasi nasional

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com

Perkembangan politik Sabah mutakhir ini memperlihatkan satu dinamika baharu dalam hubungan antara parti tempatan.

Keluarnya Usno daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada April dan kemasukan Upko dalam gabungan yang disahkan semalam menunjukkan bahawa politik Sabah sedang bergerak dalam dua arah yang berbeza.

Di satu pihak, terdapat parti yang memilih untuk bergerak secara bersendirian atas nama identiti akar umbi dan kebebasan menentukan hala tuju politik sendiri.

Di pihak lain, ada parti yang melihat penyatuan di bawah satu payung politik sebagai keperluan strategik bagi memperkukuh suara Sabah dalam politik nasional.

Dalam konteks ini, GRS semakin menampilkan dirinya sebagai platform utama penyatuan parti tempatan Sabah dan bukan lagi sekadar gabungan pilihan raya, tetapi berperanan sebagai wadah konsolidasi kuasa politik tempatan.

Penyatuan ini penting kerana Sabah memerlukan satu blok politik yang lebih tersusun, stabil dan mempunyai legitimasi yang kuat untuk berunding dengan Kerajaan Putrajaya. Tanpa penyatuan, suara Sabah mudah terpecah kepada beberapa blok kecil yang akhirnya bersaing sesama sendiri.

Keadaan ini boleh melemahkan kekuatan tawar-menawar Sabah, khususnya dalam isu hak negeri, pembangunan wilayah, hasil negeri, autonomi pentadbiran dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Politik Sabah mempunyai pengalaman panjang dengan perpecahan parti tempatan. Dalam banyak keadaan, perpecahan itu memberi ruang kepada parti nasional untuk memainkan peranan lebih dominan dalam menentukan hala tuju politik negeri.

Justeru, penyatuan di bawah GRS boleh dilihat sebagai usaha membina kekuatan dalaman Sabah sendiri. Ia membawa mesej bahawa masa depan politik Sabah tidak boleh hanya ditentukan oleh percaturan parti nasional, tetapi perlu digerakkan oleh parti tempatan yang memahami keperluan, sentimen dan aspirasi rakyat Sabah.

Namun, penyatuan parti tempatan di bawah GRS tidak harus ditafsirkan sebagai penolakan terhadap Putrajaya. Sebaliknya, penyatuan ini wajar difahami sebagai strategi untuk memperkukuh kedudukan Sabah dalam membina hubungan yang lebih seimbang dengan Putrajaya.

Sabah tetap memerlukan hubungan kerja yang erat dengan Putrajaya kerana banyak agenda penting negeri memerlukan sokongan dasar, kewangan dan pelaksanaan daripada kerajaan pusat.

Isu seperti infrastruktur asas, jalan raya, bekalan air, elektrik, sekolah daif, kesihatan luar bandar, keselamatan sempadan, pembangunan ekonomi dan pelaksanaan MA63 tidak dapat diselesaikan hanya melalui kekuatan politik negeri semata-mata.

Hakikatnya, sebuah kerajaan puat yang mendapat mandat kukuh selepas PRU16 amat penting bagi menjamin kesinambungan pentadbiran, kekuatan fiskal dan keberkesanan pembangunan negara.

Kerajaan yang stabil lebih berupaya membuat keputusan dasar, menyalurkan peruntukan kewangan, mempercepat pelaksanaan projek pembangunan dan mengurus hubungan Putrajaya-Negeri secara lebih tersusun.

Dalam konteks Sabah, hubungan erat antara GRS sebagai gabungan tempatan yang kuat dengan Kerajaan Putrajaya yang stabil akan membolehkan agenda negeri dilaksanakan secara lebih berkesan.

Oleh itu, GRS yang kuat di peringkat negeri dan Putrajaya yang stabil di peringkat persekutuan dapat membentuk hubungan politik yang saling melengkapi.

Sabah memerlukan kekuatan politik tempatan untuk mempertahankan hak negeri, tetapi pada masa yang sama memerlukan kerjasama produktif dengan kerajaan pusat bagi menterjemahkan tuntutan tersebut kepada keputusan dasar yang konkrit.

Dalam kerangka ini, GRS boleh berperanan sebagai rakan strategik Putrajaya, bukan sekadar penyokong tambahan dalam percaturan angka Parlimen.

Kekuatan GRS juga penting dalam menghadapi PRU16. Dalam politik Malaysia yang semakin bergantung kepada gabungan pelbagai blok, parti dari Sabah boleh memainkan peranan signifikan dalam menentukan kestabilan kerajaan nasional.

Jika GRS memperoleh mandat yang kukuh di Sabah, gabungan tersebut akan mempunyai kedudukan lebih berwibawa untuk berunding dengan mana-mana parti nasional atau gabungan nasional yang membentuk kerajaan selepas PRU16.

Dengan itu, Sabah tidak lagi hanya menjadi pelengkap kepada kekuasaan pusat, tetapi boleh tampil sebagai kuasa wilayah yang mempunyai pengaruh dalam pembentukan dasar nasional.

Penyatuan parti tempatan juga berpotensi memperkukuh naratif perjuangan hak Sabah. Selama ini, isu MA63, tuntutan hasil negeri, pembangunan tidak seimbang dan autonomi pentadbiran sering menjadi tema utama politik Sabah.

Namun, apabila isu ini dibawa oleh parti yang terpisah, kesannya menjadi kurang tersusun. Dengan adanya gabungan tempatan yang lebih kuat, tuntutan Sabah dapat disampaikan melalui satu suara yang lebih jelas dan konsisten. Hal ini penting bagi mengelakkan perjuangan hak negeri dilihat hanya sebagai slogan pilihan raya, sebaliknya menjadi agenda dasar yang berterusan.

Bagaimanapun, penyatuan di bawah GRS bukan tanpa cabaran. Parti kecil mungkin bimbang kehilangan identiti dan ruang suara dalam gabungan yang lebih besar. Dominasi parti utama juga boleh menimbulkan persepsi bahawa agenda gabungan tidak mencerminkan kepelbagaian aspirasi politik Sabah.

Selain itu, penyatuan tanpa prinsip yang jelas boleh mencetuskan konflik dalaman, khususnya berkaitan pembahagian kerusi, jawatan kerajaan, pengaruh kawasan dan kedudukan pemimpin.

Justeru, GRS perlu memastikan penyatuan parti tempatan tidak dilihat semata-mata sebagai langkah oportunistik untuk mengekalkan kuasa.

Bagi memastikan penyatuan ini benar-benar berkesan, GRS perlu membina asas perjuangan yang lebih jelas. Agenda seperti pelaksanaan MA63, hak hasil negeri, pembangunan luar bandar, pengukuhan ekonomi Sabah, autonomi pentadbiran, keselamatan sempadan dan kebajikan rakyat perlu dijadikan teras bersama.

Pada masa yang sama, GRS perlu memastikan pembahagian kuasa dalam gabungan dilakukan secara adil agar semua parti komponen merasakan mereka mempunyai peranan yang bermakna. Penyatuan yang berjaya bukan sekadar menghimpunkan banyak parti, tetapi membina disiplin politik, kesepakatan dasar dan hala tuju perjuangan yang sama.

Dalam hal ini, parti tempatan yang masih berada di luar GRS perlu menilai semula kedudukan masing-masing. Warisan, STAR, USNO dan SAPP mempunyai sejarah, pengaruh dan penyokong tersendiri.

Namun, persoalan utama menjelang PRU16 ialah sama ada gerakan berasingan akan memperkukuh suara Sabah atau sebaliknya melemahkan kekuatan kolektif negeri. Jika parti tempatan terus berpecah, pengundi mungkin melihat mereka lebih mengutamakan survival parti berbanding agenda besar penyatuan Sabah.

Sebaliknya, jika mereka memilih untuk bekerjasama, sama ada melalui penyertaan langsung atau kerjasama strategik, Sabah berpeluang tampil dengan suara politik yang lebih padu.
Saya menyimpulkan bahawa penyatuan parti tempatan Sabah di bawah GRS membawa makna yang lebih besar daripada sekadar percaturan pilihan raya.

Ia strategi survival politik, usaha membina kestabilan negeri dan langkah memperkukuh perjuangan hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Namun, kekuatan Sabah tidak boleh dipisahkan daripada keperluan menjalin hubungan yang baik dengan Putrajaya. Kerajaan pusat yang stabil dan bermandat kukuh akan menjamin pentadbiran, kewangan dan pembangunan yang lebih berkesan. Pada masa yang sama, GRS yang kuat akan memastikan Sabah mempunyai kedudukan rundingan yang lebih berwibawa.

Justeru, masa depan politik Sabah menjelang PRU16 bergantung pada dua faktor utama. Pertama, sejauh mana parti tempatan mampu menyatukan agenda negeri di bawah satu kerangka politik yang kukuh.

Kedua, sejauh mana kekuatan tempatan itu dapat digunakan untuk membina kerjasama strategik dengan Kerajaan Putrajaya. Jika kedua-dua faktor ini dapat digabungkan, GRS bukan sahaja berpotensi memperkukuh kedudukan Sabah, tetapi juga menjadi jambatan penting antara aspirasi negeri dan kestabilan nasional.

Bilcher Bala adalah felo kanan Universiti Malaysia Sabah dan Penasihat Borneo History Society

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0,0593
$0,0593$0,0593
-1,15%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel