Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil berkata, yang penting, PH tumpu sebanyak mana kerusi boleh dimenangi untuk bentuk kerajaan di Johor selepas PRN.Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil berkata, yang penting, PH tumpu sebanyak mana kerusi boleh dimenangi untuk bentuk kerajaan di Johor selepas PRN.

Dasar setia kawan, Amanah yakin penyokong akur Puteri Wangsa ‘diserah’ kepada PKR

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
amanahSetiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil berkata, secara dasarnya, rundingan kerusi dalam PH untuk PRN Johor nanti telah selesai dengan baik. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Amanah yakin penyokongnya akan akur dengan sebarang keputusan berhubung agihan kerusi untuk PRN Johor bulan depan, termasuk jika kerusi DUN Puteri Wangsa diserahkan kepada PKR bagi mewakili Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Amanah Faiz Fadzil berkata, pucuk pimpinan PH telah selesai memuktamadkan agihan kerusi dan ia akan diumumkan Isnin ini.

“Pembahagian kerusi akan diumumkan PH (pada Isnin). Secara dasarnya, (rundingan kerusi) selesai dengan baik. Yang penting, PH tumpu sebanyak kerusi (yang boleh dimenangi) untuk bentuk kerajaan selepas PRN Johor nanti.

“Rundingan (Puteri Wangsa, Larkin) juga sudah selesai dan parti yakin apa-apa keputusan akan diterima ahli dan penyokong Amanah atas semangat setia kawan,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Naib Ketua Amanah Johor Zuhan Zain turut berkata, pihaknya juga akan akur dengan apa juga keputusan yang akan membantu memenangkan PH.

“Keputusan sudah ada. Kita pada peringkat Johor sudah tahu dan kita akur dengan apa sahaja keputusan,” katanya ketika dihubungi.

“Atas semangat setia kawan, kalau (kerusi) diberi kepada Amanah, kita akan terus dengan perancangan kita untuk bertanding. Kalau diberi kepada PKR, kita akan bantu untuk menangkan PH.”

Sebelum ini, Amanah memaklumkan parti itu mahu mengambil semula kerusi yang ‘dipinjamkan’ kepada Muda berikutan tiada lagi kerjasama parti itu dengan PH.

Bagaimanapun, Naib Ketua PKR Johor Jimmy Puah berkata, partinya yang akan mewakili PH di DUN Puteri Wangsa.

Sebagai ganti, Amanah difahamkan akan bertanding di DUN Larkin yang ditandingi PKR pada PRN Johor 2022.

Pada PRN tersebut, Muda menang di DUN Puteri Wangsa menerusi Amira Aisya Abd Aziz dengan majoriti 7,114 undi.

PRN Johor akan diadakan pada 11 Julai, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun. Pengundi awal akan membuang undi pada 7 Julai.

Market Opportunity
Decentraland Logo
Decentraland Price(MANA)
$0.06574
$0.06574$0.06574
+0.18%
USD
Decentraland (MANA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel