Setiausaha agung PN berkata segala aktiviti, pentadbiran dan pengurusan parti perlu ikut perlembagaan dan patuhi Akta Pertubuhan 1966.Setiausaha agung PN berkata segala aktiviti, pentadbiran dan pengurusan parti perlu ikut perlembagaan dan patuhi Akta Pertubuhan 1966.

Perlu izin pengerusi untuk mesyuarat, aktiviti PN, kata Takiyuddin

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Takiyuddin HassanSetiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata PN menerima maklum balas rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia yang mengesahkan perubahan kepimpinan gabungan tersebut.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan berkata sebarang aktiviti atau mesyuarat yang menggunakan nama gabungan itu tidak boleh dilaksanakan tanpa keizinan pengerusinya, Ahmad Samsuri Mokhtar.

Takiyuddin dalam satu kenyataan berkata PN menerima maklum balas rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang mengesahkan perubahan kepimpinan gabungan tersebut.

Katanya, JPMM mengambil maklum mengenai kelulusan Majlis Tertinggi (MT) terhadap peletakan jawatan pengerusi (Muhyiddin Yassin) dan pelantikan pengerusi baharu (Samsuri) pada mesyuarat luar biasa bertarikh 22 Feb lalu.

“JPPM juga mengesahkan menerima senarai kepimpinan serta pelantikan ahli jawatankuasa MT PN baharu, untuk direkodkan.

“Sehubungan itu, PN kekal komited dalam memastikan segala aktiviti, urusan pentadbiran dan pengurusan parti dilaksanakan mengikut perlembagaan parti serta mematuhi Akta 832 (Akta Pertubuhan 1966),” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, terdapat khabar angin bahawa Bersatu akan mengadakan mesyuarat MT PN malam di ibu pejabat parti itu.

Hari ini, Ketua Penerangan PN, Annuar Musa berkata MT PN akan bermesyuarat Isnin ini bagi memutuskan penggunaan logo serta pengagihan kerusi bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Kemelut dalam PN semakin memuncak selepas PAS memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu.

Walaupun berdepan perpecahan itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menegaskan partinya akan terus kekal dalam PN dan bertanding dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan menggunakan logo gabungan tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa tiada mana-mana parti boleh secara unilateral menyingkirkan Bersatu daripada PN kerana sebarang keputusan mesti dibuat secara konsensus selaras dengan perlembagaan gabungan itu.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002942
$0.00002942$0.00002942
+2.01%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel