Polis Johor Bahru Selatan berkata suspek pakai topi keledar dan tutup muka itu melakukan perbuatan itu pada 3.34 pagi.Polis Johor Bahru Selatan berkata suspek pakai topi keledar dan tutup muka itu melakukan perbuatan itu pada 3.34 pagi.

2 diburu bakar restoran nasi kandar sehari sebelum pembukaan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Keadaan sebuah restoran nasi kandar di Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru yang rosak teruk selepas dibakar dua individu tidak dikenali pada awal pagi tadi. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Polis memburu dua lelaki yang memakai topi keledar dan bertutup muka dipercayai terlibat dalam kejadian menyimbah minyak serta cat merah sebelum membakar sebuah restoran nasi kandar di Bandar Dato’ Onn, awal pagi tadi.

Kejadian itu berlaku sehari sebelum premis berkenaan dijadual mengadakan pembukaan rasminya esok.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 3.59 pagi daripada seorang lelaki berusia 30 tahun yang merupakan peniaga restoran berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kedua-dua suspek itu datang ke restoran tersebut pada 3.34 pagi.

“Kejadian mengakibatkan kerugian kira-kira RM200,000 dan puncanya masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan.

Raub berkata kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api atau bahan letupan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline IPD Johor Bahru Selatan melalui talian 07-2182323 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Jabatan Bomba Johor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.43 pagi dan menggerakkan anggota Balai Bomba Tebrau serta Balai Bomba Kempas ke lokasi kejadian.

Menurut JBPM, kebakaran melibatkan sebuah premis kedai makan jenis kekal itu berjaya dipadamkan sebelum ketibaan pasukan bomba menggunakan lapan unit alat pemadam api dan tiada mangsa dilaporkan cedera.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0.00997
$0.00997$0.00997
+0.80%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel