Tempat duduk Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat dipindahkan, namun masih di barisan depan.Tempat duduk Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat dipindahkan, namun masih di barisan depan.

Hamzah kembali ke kerusi ketua pembangkang, Muhyiddin beralih tempat

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Hamzah Zainudin muhyiddin yassinPresiden Bersatu Muhyiddin Yassin di sebelah Hamzah Zainudin pada sidang Dewan Rakyat yang lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin akan kembali ke kerusi ketua pembangkang di Dewan Rakyat pada Isnin, manakala Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dipindahkan, namun masih di barisan depan.

Menurut aturan tempat duduk terbaharu yang dimuat naik di laman Parlimen, Hamzah akan duduk di tempat yang lazim diduduki ketua pembangkang, menyusuli pengumuman PAS bahawa beliau dipilih semula ke peranan itu.

Kerusi di sebelah pengasas Parti Wawasan Negara itu akan diduduki Pengerusi Perikatan Nasional Ahmad Samsuri Mokhtar, diikuti Presiden PAS Hadi Awang.

Di sebelah Hadi pula timbalan beliau, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan diikuti Ronald Kiandee, naib presiden Bersatu yang digantung keahlian.

Pada sidang Dewan Rakyat lalu, Muhyiddin duduk di sebelah Hamzah. Hamzah menggalas peranan ketua pembangkang sehinggalah Bersatu memecat keahliannya.

Pada sidang akan akan datang, bermula Isnin, Muhyiddin dan sekutunya rapat, Naib Presiden Radzi Jidin, akan duduk bersebelahan.

PAS menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu awal bulan ini, walaupun kedua-dua parti kekal sebagai komponen PN.

Hadi kemudian mengumumkan PAS bersetuju untuk meneruskan Hamzah sebagai ketua pembangkang, seleaps mendapatkan maklum balas Ahli Parlimen PAS serta wakil rakyat yang dikaitkan dengan bekas timbalan presiden Bersatu itu.

Samsuri kekal sebagai pengerusi PN. Sebelum ini Samsuri dipilih untuk menjadi ketua pembangkang, bulan lepas, namun tidak sempat melaksanakan tugas itu memandangkan Dwan Rakyat belum bersidang.

Semalam, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan, memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, bahawa 61 Ahli Parlimen pembangkang bersetuju melantik Hamzah sebagai ketua pembangkang.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel