Setiausaha politik kepada menteri kewangan berkata MoU perjanjian damai AS-Iran beri kelegaan kepada negara yang terkesan daripada krisis itu.Setiausaha politik kepada menteri kewangan berkata MoU perjanjian damai AS-Iran beri kelegaan kepada negara yang terkesan daripada krisis itu.

Harga minyak dijangka pulih tetapi ambil masa, kata Kamil

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Kamil MunimSetiausaha Politik kepada menteri kewangan, Kamil Munim berkata pemulihan harga minyak global turut ambil kira kos logistik, pengangkutan dan insurans yang meningkat sepanjang tempoh krisis.

KUALA KANGSAR: Memorandum persefahaman (MoU) perjanjian damai antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran bakal memberi kesan positif kepada harga minyak negara, namun tempoh pemulihan bekalan minyak dijangka mengambil masa.

Setiausaha Politik kepada menteri kewangan, Kamil Munim berkata kestabilan harga minyak global tidak dapat dicapai serta-merta dan pemulihan itu turut mengambil kira kos logistik, pengangkutan dan insurans yang meningkat sepanjang tempoh krisis berkenaan.

“Sudah tentu kita sambut baik perjanjian perdamaian bagi memulihkan krisis yang berlaku di Selat Hormuz dan itu akan membuka laluan semula kepada kapal-kapal minyak dan juga kapal-kapal dagang yang lain.

“Ia memberi kelegaan kepada kebanyakan negara yang terkesan daripada krisis itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penghargaan Agensi Kerajaan dan Warga Perak di SMK Tun Perak.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim optimis MoU perjanjian damai antara AS dengan Iran mampu membuka jalan ke arah penamatan konflik serta menjamin keamanan di Asia Barat.

Anwar menyuarakan keyakinan terhadap perkembangan positif dalam rundingan berkenaan, walaupun persetujuan muktamad antara kedua-dua negara itu perlu dicapai dalam tempoh maksimum 60 hari.

Kamil berkata bagi menangani impak krisis berkenaan, kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai langkah dalam mengawal kadar kenaikan inflasi negara, antaranya mengekalkan harga minyak bersubsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter berbanding negara-negara lain.

“Masa ke hadapan ini, saya fikir kerajaan dari semasa ke semasa melalui Majlis Tindakan Ekonomi akan melihat keperluan bagi tempoh empat ke enam bulan ini sementara kita menunggu keadaan betul-betul terkawal, rakyat tidak terbeban dengan sebarang kenaikan kos yang berlaku,” katanya.

Kamil ketika mengulas mengenai penyelarasan sementara kuota inisiatif BUDI95 kepada 200 liter sebulan berkata kerajaan akan menilai semula pelaksanaan bantuan subsidi petrol bersasar itu sebelum sebarang keputusan sama ada untuk menaikkan atau mengekalkannya bergantung kepada keadaan semasa pasaran minyak global.

Beliau ketika menyentuh mengenai lawatan rasmi perdana menteri ke Rusia berkata ia langkah strategik untuk memperkukuh hubungan dua hala kedua-dua negara, khususnya dalam bidang perdagangan, diplomatik dan tenaga.

“Seperti yang kita sedia maklum, ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan kita dapat meningkatkan kepelbagaian sumber, khususnya sumber minyak dan sumber tenaga.

“(Kita) melihat Rusia ini punya kekuatan ataupun potensi ekonomi yang luar biasa dan Malaysia sebagai sebuah negara kecil, negara dagang harus memanfaatkan segala ruang yang ada, khususnya di antara hubungan kita dengan Rusia,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002927
$0.00002927$0.00002927
+0.96%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel