Mazlan Ali berkata jajaran baharu bersama parti seperti Berjasa, Pejuang dan Putra tidak beri kesan besar dengan persaingan sebenar lebih tertumpu BN dan PH.Mazlan Ali berkata jajaran baharu bersama parti seperti Berjasa, Pejuang dan Putra tidak beri kesan besar dengan persaingan sebenar lebih tertumpu BN dan PH.

Rakan lemah, PAS dan Bersatu dijangka sukar di Johor, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
logo bersatu pasKrisis PN semakin meruncing susulan penamatan kerjasama politik antara PAS dan Bersatu.

PETALING JAYA: PAS dan Bersatu yang dikatakan mungkin bergerak berasingan pada PRN Johor dilihat mempunyai pilihan rakan kerjasama terhad, sekali gus menyukarkan kedua-dua parti membina kekuatan baharu bagi menyaingi gabungan utama, kata penganalisis.

mazlan aliMazlan Ali.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, usaha parti tersebut membentuk jajaran politik baharu susulan krisis dalaman Perikatan Nasional (PN) tidak semestinya mampu mengubah landskap politik Johor.

Beliau berkata, walaupun PAS dan Bersatu sebelum ini dikaitkan usaha menjalin kerjasama bersama parti kecil seperti Berjasa, Pejuang dan Putra, pengaruh parti terbabit masih terhad dan tidak cukup kuat untuk mencabar Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

“Saya nampak pertandingan sebenar di Johor lebih kepada BN dan PH. PAS dan Bersatu menjadi lemah kerana kesan perpecahan mereka.

“Walaupun ada parti kecil membantu, ia tidak akan membawa impak besar di Johor,” katanya kepada FMT.

Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, baru-baru ini berkata parti itu bergerak dahulu dalam berdepan PRN Johor 11 Julai depan susulan kelewatan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar merangka strategi.

Mendakwa tiada mesyuarat gerak kerja dipanggil Samsuri, Faizal berkata Bersatu tidak boleh menunggu ‘isyarat PAS’ dan mengerakkan jentera bersama rakan dalam Ikatan Prihati Rakyat (IPR), Muda serta Pejuang.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz Mohamed, pada 10 Jun lalu berkata partinya akan membina jajaran politik baharu selepas kerjasama politik dengan Bersatu ditamatkan.

Menurutnya, kerjasama pilihan raya itu membabitkan Pejuang, Putra, Berjasa dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

PAS juga bakal bekerjasama dengan Parti Wawasan Negara yang dikatakan bakal menggunakan logo PN seperti diumumkan Presiden PAS Hadi Awang, 13 Jun lalu.

Putra, Berjasa dan Iman juga antara 11 parti bawah gabungan longgar IPR diketuai Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang sebelum ini menegaskan partinya akan bertanding bawah logo PN.

Syaza ShukriSyaza Shukri.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula berkata, tanpa pengaruh PAS atau Bersatu, parti kecil dalam IPR tidak mempunyai tarikan besar kepada pengundi khususnya di Johor.

“IPR ini masih banyak ketidaktentuan, walaupun boleh pecah undi tetapi saya tidak fikir mereka mampu memberi saingan serius kepada gabungan besar,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002939
$0.00002939$0.00002939
+1.37%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel