Dominic Lau berkata keutamaan partinya adalah memastikan gabungan tidak berpecah susulan keretakan hubungan PAS-Bersatu.Dominic Lau berkata keutamaan partinya adalah memastikan gabungan tidak berpecah susulan keretakan hubungan PAS-Bersatu.

Gerakan ikhtiar satukan PN menjelang PRN Johor, N Sembilan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Presiden GERAKAN Dominic Lau Hoe ChaiPresiden Gerakan Dominic Lau, berkata PN akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi bincang persiapan menghadapi dua PRN itu termasuk agihan kerusi antara komponen.

KUALA LUMPUR: Fokus Gerakan ketika ini adalah memastikan Perikatan Nasional (PN) kekal bersatu menjelang PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Presiden Dominic Lau, berkata gabungan itu perlu mengutamakan usaha menghadapi dua PRN itu dan menyelesaikan sebarang cabaran dalaman menerusi perbincangan.

“Kita masih berada dalam PN dan keutamaan sekarang adalah memastikan gabungan ini kekal bersama serta tidak berpecah.

“Kita mahu menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan dengan kelebihan yang terbaik. Kelebihan terbesar ialah apabila semua pihak berada dalam satu pasukan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat Gerakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, PN akan mengadakan mesyuarat Isnin ini bagi membincangkan persiapan menghadapi dua PRN tersebut, termasuk agihan kerusi antara komponen.

Dominic berkata, Gerakan ada mencadangkan untuk bertanding lima hingga enam kerusi untuk PRN Johor, namun keputusan muktamad akan dibuat Majlis Tertinggi PN.

Katanya, Gerakan tidak berminat bertanding banyak kerusi sekiranya peluang kemenangan rendah.

“Kita mahu bertanding di kerusi yang boleh dimenangi. Bukan bertanding banyak kerusi, tetapi akhirnya kalah semua,” katanya.

Menurutnya, Jawatankuasa Pusat Gerakan turut memberikan mandat kepada kepimpinan parti dan wakilnya dalam PN untuk membuat keputusan difikirkan terbaik demi kepentingan parti serta gabungan itu.

Selasa lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menegaskan partinya akan terus kekal dalam PN dan menggunakan logo gabungan pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Sebelum itu, Presiden PAS Hadi Awang dan Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata terpulang kepada Bersatu sama ada mahu kekal atau keluar gabungan, selepas parti berkenaan memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.

Pada 1 Jun, Pengerusi PN Johor Sahruddin Jamal turut menegaskan gabungan itu akan bergerak bersama menghadapi PRN Johor walaupun terdapat perbezaan pandangan antara komponennya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order