Anggota yang terlalu gugup, takut atau terlalu yakin berpotensi melakukan kesilapan ketika mengendalikan senjata atau bahan letupan.Anggota yang terlalu gugup, takut atau terlalu yakin berpotensi melakukan kesilapan ketika mengendalikan senjata atau bahan letupan.

Beri perhatian aspek psikologi tentera ketika latihan, kata pakar

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
grenadeSelasa lalu dua anggota tentera darat maut terkena bom ketika menjalani latihan membaling grenad membabitkan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen Kedua Infantri, Kem Hobart di Gurun. (Gambar Envato Elements)

PETALING JAYA: Aspek psikologi anggota tentera perlu diberi perhatian selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan latihan teknikal bagi mengurangkan risiko kemalangan ketika latihan ketenteraan.

Psikologis ketenteraan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mohd Kenali Basiron, berkata anggota yang terlalu gugup, takut atau terlalu yakin berpotensi melakukan kesilapan ketika mengendalikan senjata atau bahan letupan.

“Orang yang terlalu berani boleh menjadi cuai, manakala mereka yang terlalu gugup atau takut juga boleh melakukan kesilapan.

“Sebab itu, anggota dan jurulatih perlu mempunyai pengetahuan psikologi untuk mengenal pasti tanda seseorang itu berada dalam keadaan emosi yang tidak sesuai sebelum menjalani latihan,” katanya kepada FMT.

Kenali berkata, setiap latihan melibatkan bahan letupan sebenarnya mempunyai prosedur ketat termasuk sesi penerangan, latihan simulasi dan pemantauan jurulatih sebelum latihan sebenar dijalankan.

Katanya, latihan psikologi dan pemerhatian terhadap keadaan emosi anggota juga penting bagi memastikan mereka bersedia mengendalikan situasi berisiko tinggi.

“Jika seseorang anggota terlalu gementar atau tidak berada dalam keadaan yang sesuai, dia perlu dikenal pasti lebih awal. Begitu juga jika ada anggota yang terlalu yakin sehingga tidak memberi perhatian kepada arahan dan prosedur keselamatan,” katanya.

Selasa lalu, dua anggota tentera darat maut terkena bom ketika menjalani latihan membaling grenad membabitkan Platun Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri, Kem Hobart di Gurun, Kedah.

Kedua-dua anggota membabitkan seorang lelaki dan wanita meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Panglima Tentera Darat, Azhan Md Othman, mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Tentera Darat Malaysia turut memberi jaminan segala aspek keselamatan latihan akan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Shahruddin Omar, berkata insiden tersebut perlu dilihat sebagai kemalangan sehingga hasil siasatan diperoleh, kata veteran dan psikologis ketenteraan.

Katanya, setiap kejadian seumpama itu lazimnya akan disusuli lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar dan menentukan sama ada terdapat keperluan penambahbaikan.

“Dalam angkatan tentera, setiap kejadian pasti ada lembaga siasatan untuk membuat kesimpulan secara adil.

“Kalau ada kelemahan dari segi infrastruktur, prosedur atau faktor lain, sudah tentu perkara itu akan diberi perhatian dan diperbaiki berdasarkan hasil siasatan,” katanya kepada FMT.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002927
$0.00002927$0.00002927
+0.96%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel