Penduduk bagaimanapun diberi kelonggaran keluar masuk untuk membersihkan kawasan sekitar kediaman pada waktu malam.Penduduk bagaimanapun diberi kelonggaran keluar masuk untuk membersihkan kawasan sekitar kediaman pada waktu malam.

Kawasan terjejas ribut di Bercham ditutup, pergerakan dihadkan, kata polis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Kejadian ribut yang berlaku pada Jumaat lepas dilaporkan menjejaskan sehingga lebih 200 buah rumah membabitkan lima kawasan di sekitar Bercham. (Gambar APM)

IPOH: Polis menutup lima zon dalam kawasan bencana yang terjejas akibat ribut di sekitar Bercham dan mengehadkan pergerakan keluar masuk bagi mengelak kecurian harta benda atau pecah masuk rumah mangsa di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Ipoh, Muhammad Najib Hamzah, berkata pihaknya bagaimanapun memberi kelonggaran kepada penduduk yang mahu keluar dan masuk ke kawasan yang terjejas kerana mahu membersihkan kawasan sekitar kediaman mereka pada waktu malam.

“Kita akan lebih ketat (mengehadkan pergerakan) pada waktu malam sebab ada kawasan yang terjejas antaranya di Anjung Bercham masih lagi tidak mempunyai bekalan elektrik.

“Jika ada penduduk hendak kemas rumah atau barang pada waktu malam, kita akan pantau. Kita akan tanya dia sama ada itu betul rumah dia sebab kita risau juga ada kejadian kalau dia kemas tapi sebenarnya dia mencuri,” katanya pada sidang media selepas meninjau Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Balai Polis Bercham, di sini, hari ini.

Beliau berkata setakat 8 pagi tadi pihaknya menerima 492 laporan mengenai kejadian ribut yang berlaku menerusi Op Bencana dan tidak mengehadkan tempoh untuk mana-mana mangsa untuk membuat laporan.

Dalam pada itu, Najib berkata setakat ini nilai kerugian di kawasan terjejas akibat ribut masih belum dapat dipastikan.

Semalam, Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dilaporkan berkata kejadian ribut yang berlaku pada Jumaat lepas disifatkan luar biasa sehingga menjejaskan lebih 200 buah rumah membabitkan lima kawasan di sekitar Bercham.

Kulasegaran yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata kejadian berkenaan yang tidak pernah dilaporkan berlaku sebelum ini, dipercayai berpunca daripada fenomena ‘belalai darat’.

Antara kawasan yang terjejas ialah Anjung Bercham Utara, Taman Mujur, Kampung Bercham, Kampung Tersusun Tasek, Taman Pusat Bercham dan Taman Indah Sakti.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002967
$0.00002967$0.00002967
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order