Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata sebaik semua proses selesai, ia boleh dimulakan serta-merta kerana Perkeso telah bersedia sepenuhnya.Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata sebaik semua proses selesai, ia boleh dimulakan serta-merta kerana Perkeso telah bersedia sepenuhnya.

Skim Pengembara di fasa akhir, dibentang di Parlimen bermula esok

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
causewaySkim Pengembara dijangka memberi perlindungan sosial kepada kira-kira 480,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik setiap hari antara Johor dan Singapura. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Skim Pengembara yang menyediakan perlindungan sosial kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara, terutama di Singapura kini berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan pada sidang Parlimen yang akan bermula esok.

Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, berkata Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) bersama Perkeso telah menyiapkan kertas cadangan berkaitan skim berkenaan dan kini sedang melengkapkan proses mendapatkan kelulusan diperlukan yang dijangka selesai seawal Ogos ini sebelum ia dikuatkuasakan.

“Sidang Parlimen bermula esok, jadi kami akan memulakan proses pembentangan kertas cadangan itu. Kami juga akan mengadakan sesi libat urus dengan Ahli-Ahli Parlimen bagi menerangkan manfaat program ini.

“Selepas kertas cadangan itu mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, skim ini akan dilaksanakan secepat mungkin untuk dimanfaatkan oleh rakyat Johor yang berulang-alik bekerja antara Johor dan Singapura demi perlindungan sosial mereka,” katanya selepas merasmikan Karnival Lindung Kerjaya Madani di Setia Tropika Convention Centre, Setia Tropika di sini hari ini.

Ramanan berkata sebaik sahaja semuanya selesai, pelaksanaan skim itu boleh dimulakan serta-merta kerana Perkeso telah bersedia sepenuhnya.

Beliau berkata skim itu dijangka memberi perlindungan sosial kepada kira-kira 480,000 rakyat Malaysia yang berulang-alik setiap hari antara Johor dan Singapura.

Menurut Ramanan, Skim Pengembara itu akan dilaksanakan melalui perluasan liputan perlindungan di bawah Akta 789 atau Skim Lindung Kendiri di bawah seliaan Perkeso, membolehkan individu yang layak membuat caruman bagi mendapatkan akses kepada lapan jenis faedah yang ditawarkan.

Terdahulu, Karnival Lindung Kerjaya Madani menghimpunkan 20 majikan yang menawarkan lebih 2,000 kekosongan jawatan termasuk pekerjaan berkemahiran tinggi dengan tawaran gaji kompetitif sehingga RM16,000 sebulan.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order