Mangsa berusia 58 tahun itu dikatakan keluar rumah sejak 10 Jun lepas dengan menaiki motosikal hitam.Mangsa berusia 58 tahun itu dikatakan keluar rumah sejak 10 Jun lepas dengan menaiki motosikal hitam.

Lelaki dilapor hilang 12 hari ditemukan maut di ladang getah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian, kata Ketua Polis Baling Brandon Anak Richard Joe. (Gambar Facebook)

BALING: Lelaki berusia 58 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan ladang getah berhampiran simpang tiga Felda Teloi Kanan dekat sini, hari ini, selepas 12 hari dilaporkan hilang.

Ketua Polis Baling, Brandon Anak Richard Joe, berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.50 pagi tadi memaklumkan mengenai penemuan mayat di lokasi berkenaan.

“Pasukan yang ditugaskan ke lokasi mendapati mayat tersebut telah lama dan reput menyebabkan identitinya tidak dapat dikenal pasti.

“Turut ditemukan sebuah motosikal jenis Modenas berwarna hitam berhampiran mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan rekod orang hilang mendapati terdapat satu laporan dibuat bapa mentua mangsa di Sik pada 11 Jun lepas.

“Menurut bapa mentuanya, mangsa keluar dari rumah sejak 10 Jun lepas dengan menaiki motosikal yang sama.

“Pengecaman mayat dibuat berdasarkan penemuan kad pengenalan yang ada pada mangsa selain motosikal di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Siasatan dijalankan sebagai mati mengejut (SDR) dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order