Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz berkata partinya ditubuhkan bukan hanya untuk bertanding pilihan raya tetapi membantu mengubah landskap politik negara.Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz berkata partinya ditubuhkan bukan hanya untuk bertanding pilihan raya tetapi membantu mengubah landskap politik negara.

Lebih ramai calon muda diketengah parti lain bukti kejayaan Muda, kata Amira

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Amira Aisya Abdul Aziz berkata Muda mahu golongan muda menentukan masa depan mereka.

KUALA LUMPUR: Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz menyifatkan keupayaan partinya mempengaruhi pihak lain untuk mengetengahkan lebih ramai calon muda dalam pilihan raya sebagai satu kemenangan tersendiri.

Amira berkata, ketika Muda ditubuhkan, matlamatnya bukan sekadar untuk memenangi pilihan raya, tetapi juga mengubah landskap politik negara.

“Kami mahu golongan muda menentukan masa depan mereka sendiri. Dan apabila parti politik lain mula meletakkan lebih ramai calon muda dalam pilihan raya, ia kerana adanya Muda.

“Apabila parti ini menggantikan ‘dinosaur’ mereka dengan calon berusia 30-an atau 40-an, kami melihatnya sebagai satu kemenangan buat Muda,” katanya pada majlis kutipan dana bagi menghadapi PRN Johor, malam ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Muda dan PSM membentuk kerjasama politik dikenali sebagai ‘blok progresif’ bagi menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Hari penamaan calon bagi PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun, manakala pengundian awal 7 Julai dan hari pengundian 11 Julai.

Daripada 1,386 calon yang bertanding pada PRU15, hanya 241 orang berusia bawah 40 tahun.

Seramai 443 calon atau 31.9% pula berusia antara 50 hingga 59 tahun, manakala 352 calon berumur lebih 60 tahun.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang bertanding di Langkawi, adalah calon tertua pada usia 97 tahun, manakala calon termuda Peggy Chaw, calon bebas berusia 23 tahun.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.0599
$0.0599$0.0599
-1.02%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order