Seorang ibu menyokong hukuman liabiliti bersama terhadap keluarga pembuli tetapi mahu hukuman ditentukan mengikut tahap kesalahan.Seorang ibu menyokong hukuman liabiliti bersama terhadap keluarga pembuli tetapi mahu hukuman ditentukan mengikut tahap kesalahan.

Jangan pandang ringan buli ‘kecil’, kata ibu mangsa

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
child abuse boyPerbuatan buli tanpa mengira tahap tetap memberi kesan emosi berpanjangan terutama terhadap kanak-kanak, kata ibu mangsa buli dikenali Alice. (Gambar Envato Elements)

PETALING JAYA: Alice masih ingat bagaimana anaknya pulang dari sekolah dalam keadaan terganggu selepas tali kasutnya digunting rakan.

Bagi sesetengah orang, kejadian itu mungkin nampak kecil. Tetapi, bagi Alice yang berusia dalam lingkungan 40-an, ia tetap satu bentuk buli yang memberi kesan emosi kepada anaknya.

Sehubungan itu, dia menyambut baik langkah kerajaan mengenakan hukuman atau liabiliti bersama terhadap keluarga pembuli supaya ibu bapa lebih bertanggungjawab mendidik anak.

“Walaupun insiden itu mungkin dianggap ringan, perbuatan tersebut tetap memberi kesan emosi kepada mangsa dan tidak seharusnya dipandang remeh.

“Sebarang tindakan perlu mengambil kira keadilan kepada mangsa, peluang pemulihan kepada pelaku serta tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, Alice berkata hukuman dan pampasan terhadap pelaku buli perlu ditentukan mengikut tahap kesalahan.

Katanya, bagi kes buli ringan, pendekatan berbentuk pendidikan seperti kerja khidmat masyarakat, program pemulihan sahsiah dan aktiviti komuniti di sekolah lebih sesuai berbanding hukuman terlalu berat.

“Namun, bagi kes serius sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, trauma psikologi atau kerugian besar kepada mangsa, saya setuju pampasan lebih tinggi dan hukuman lebih tegas boleh dikenakan,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, pada 16 Jun lalu berkata ibu bapa boleh dikenakan hukuman atau liabiliti bersama jika pelaku buli diputuskan bersalah oleh Tribunal Bagi Antibuli.

Menurut Azalina, langkah itu selaras Akta Antibuli 2026 (Akta 876) yang bertujuan memastikan keluarga pelaku turut memikul tanggungjawab terhadap salah laku anak mereka.

Tribunal Bagi Antibuli diwujudkan mengikut Seksyen 25 akta itu bagi menangani, mengadili dan memutuskan kes buli secara komprehensif, pantas dan berkesan, manakala Seksyen 43 memperuntukkan pampasan maksimum RM250,000 kepada mangsa.

Ahli akademik Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berkata, langkah mengenakan hukuman bersama terhadap ibu bapa boleh meningkatkan rasa tanggungjawab keluarga.

Namun, beliau berkata pelaksanaannya perlu disertai garis panduan jelas bagi mengelakkan ketidakadilan.

“Tribunal perlu menilai sama ada wujud kecuaian ibu bapa sebelum liabiliti bersama dikenakan, terutama dalam keadaan ibu bapa sudah berusaha mendidik, menasihati atau mendapatkan bantuan kaunseling untuk anak mereka,” katanya.

Effendi juga menyifatkan cadangan itu menunjukkan kerajaan tidak lagi melihat buli sebagai kenakalan remaja biasa, sebaliknya kesalahan serius.

“Hukuman boleh dipertimbangkan bukan sahaja berbentuk denda kewangan sahaja, tetapi melibatkan khidmat masyarakat atau setimpal,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002881
$0.00002881$0.00002881
-0.86%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order