Mahkamah Rayuan memutuskan anak angkat tidak boleh diiktiraf sebagai warganegara Malaysia jika keturunan biologinya tidak diketahui.Mahkamah Rayuan memutuskan anak angkat tidak boleh diiktiraf sebagai warganegara Malaysia jika keturunan biologinya tidak diketahui.

Lahir di Malaysia belum cukup untuk peroleh kewarganegaraan, putus Mahkamah Rayuan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Court of Appeal Mahkamah rayuanHakim Hayatul Akmal Abdul Aziz berkata, seseorang yang menuntut kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan perlu memenuhi syarat perlembagaan berkaitan jus sanguinis, iaitu kewarganegaraan berdasarkan keturunan atau pertalian darah.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memutuskan kanak-kanak yang ibu bapa kandungnya tidak diketahui tidak boleh secara automatik diiktiraf sebagai warganegara Malaysia hanya kerana dilahirkan di negara ini, tanpa bukti bahawa dia tidak memiliki kewarganegaraan negara lain.

Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz berkata seseorang yang menuntut kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan masih perlu memenuhi perlu memenuhi syarat perlembagaan berkaitan jus sanguinis, iaitu kewarganegaraan berdasarkan keturunan

“Apabila ibu bapa kandung serta status kewarganegaraan mereka tidak dapat dikenal pasti, syarat itu masih belum dibuktikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membenarkan rayuan kerajaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini mengisytiharkan seorang kanak-kanak, dikenali sebagai LWO, sebagai warganegara Malaysia secara kuat kuasa undang-undang.

Rayuan itu didengar bersama Hakim Azhahari Kamal Ramli dan Hakim Faizah Jamaludin.

LWO dilahirkan di Klang pada 2009 dan pada awalnya didaftarkan sebagai anak kepada pasangan warga Malaysia yang dikenali sebagai LYK dan FCH. Berdasarkan pendaftaran itu, dia diberikan sijil kelahiran yang menyatakan bahawa dia ialah warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, apabila LWO memohon MyKad pada usia 12 tahun, siasatan Jabatan Pendaftaran Negara mendapati pasangan berkenaan bukan ibu bapa kandungnya dan telah memberikan maklumat palsu ketika pendaftaran kelahiran dibuat.

Bapa angkatnya kemudian mengaku bersalah atas kesalahan berkaitan pendaftaran palsu itu dan didenda RM3,000.

Susulan siasatan itu, JPN meminda daftar kelahiran dan mengeluarkan sijil kelahiran baharu yang menyatakan maklumat ibu bapa sebagai “Maklumat Tidak Diperolehi”, manakala status LWO direkodkan sebagai “Bukan Warganegara”.

Walaupun pasangan itu kemudiannya memperoleh perintah pengangkatan dan sijil kelahiran baharu yang menamakan mereka sebagai ibu bapa angkat, status kewarganegaraan LWO kekal tidak berubah.

Pasangan berkenaan kemudian memohon deklarasi daripada Mahkamah Tinggi bahawa LWO ialah warganegara Malaysia di bawah Perkara 14(1)(b) serta Seksyen 1(e), Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan itu.

Namun, Mahkamah Rayuan memutuskan seseorang yang membuat tuntutan di bawah Seksyen 1(e) perlu memenuhi dua syarat, iaitu dilahirkan di Persekutuan berdasarkan prinsip jus soli atau tempat kelahiran, dan pada masa sama membuktikan dari segi keturunan bahawa dia tidak dilahirkan sebagai warganegara negara lain.

Hayatul berkata, walaupun LWO dilahirkan di Malaysia selepas pembentukan Malaysia, responden gagal membuktikan syarat kedua, iaitu bahawa kanak-kanak itu tidak dilahirkan sebagai warganegara mana-mana negara lain.

Menurutnya, kewarganegaraan berdasarkan keturunan bergantung kepada status kewarganegaraan ibu bapa kandung. Tanpa bukti mengenai identiti mereka, mahkamah tidak dapat menentukan sama ada LWO memperoleh kewarganegaraan negara lain melalui ibu bapa kandungnya.

Beliau berkata, beban untuk membuktikan bahawa LWO “tidak dilahirkan sebagai warganegara mana-mana negara” kekal terletak pada responden.

Mahkamah turut menolak hujahan responden yang bergantung kepada iklan akhbar bagi mendapatkan maklumat mengenai ibu bapa kandung LWO.

Hayatul berkata, iklan itu mempunyai nilai keterangan yang rendah kerana hanya diterbitkan 14 tahun selepas kelahiran LWO dan selepas JPN membongkar keadaan sebenar pendaftaran kelahirannya.

Hayatul juga memutuskan tempoh lama LWO tinggal dan bersekolah di Malaysia tidak relevan dari segi undang-undang, kerana keadaan itu berpunca daripada sijil kelahiran yang dikeluarkan berdasarkan maklumat palsu.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order