Azmi Hassan berkata PAS lebih realistik menyasarkan kerusi Umno yang dimenangi dengan majoriti kecil pada PRN 2023.Azmi Hassan berkata PAS lebih realistik menyasarkan kerusi Umno yang dimenangi dengan majoriti kecil pada PRN 2023.

Majoriti besar DAP di N Sembilan sukar digugat PAS, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
bendera dapSetiausaha Agung DAP Loke Siew Fook pada 7 Jun lalu berkata parti itu akan mempertahankan 11 DUN di Negeri Sembilan. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Majoriti besar dimiliki DAP di 11 kerusi DUN Negeri Sembilan dijangka menyukarkan misi PAS menembusi kawasan tradisi parti itu pada PRN 1 Ogos ini, kata penganalisis.

Felo Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata peluang PAS lebih realistik jika parti itu menyasarkan DUN dimenangi Umno, memandangkan kebanyakan kerusi Barisan Nasional (BN) pada PRN 2023 dimenangi dengan majoriti kecil.

Katanya, keadaan berbeza bagi kerusi DAP kerana parti itu menang dengan majoriti lebih selesa di kebanyakan kawasan ditandinginya.

“Jika PAS mahu bertanding di semua kerusi Umno, itu ada logiknya kerana majoriti kemenangan Umno pada PRN lalu sangat tipis.

“Tetapi bagi 11 kerusi DAP, majoriti paling kecil pun lebih 2,000 undi. Kerusi lain pula dimenangi dengan majoriti yang sihat dan selesa,” katanya kepada FMT.

Azmi berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua PAS Negeri Sembilan Mohd Fairuz Mohd Isa yang tidak menolak kemungkinan parti itu bertanding di beberapa kerusi tradisi DAP.

Fairuz berkata, PAS menyasarkan bertanding di lebih 10 kerusi DUN, seperti pada PRN 2023, termasuk mempertahankan tiga kerusi dimenanginya.

Bagaimanapun, keputusan akhir tertakluk kepada rundingan pembahagian kerusi sekiranya wujud kerjasama dengan parti lain.

Pada PRN 2023, Perikatan Nasional (PN) menang lima daripada 36 DUN Negeri Sembilan. PAS menang di Paroi, Serting dan Bagan Pinang, manakala Bersatu menang di Labu dan Gemencheh.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook pada 7 Jun lalu berkata parti itu akan mempertahankan 11 kerusi DUN di Negeri Sembilan.

Sementara itu, Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata langkah PAS menunjukkan keazaman tinggi parti itu, tetapi laluan untuk menang tetap sukar.

Katanya, perpecahan antara PAS dan Bersatu berpotensi memecahkan undi Melayu yang sebelum ini menyokong PN, sekali gus menjejaskan peluang PAS terutama di kawasan campuran dan majoriti bukan Melayu.

“Apabila undi Melayu berpecah, DAP masih berpeluang menang. Walaupun ada kawasan dengan kira-kira 40% pengundi Melayu, sebahagian pengundi Melayu yang menyokong PH, PKR dan Amanah tetap akan memberi undi kepada calon DAP,” katanya.

Mazlan berkata, PAS hanya mempunyai peluang lebih baik di kawasan yang mempunyai lebih 70% pengundi Melayu.

Beliau berkata, corak politik Negeri Sembilan juga tidak sama seperti negeri di utara atau pantai timur, yang lebih kuat dipengaruhi sokongan Melayu kepada PAS.

“Saya hormati keazaman PAS, tetapi saya fikir sukar untuk parti itu mencapai sasaran pada PRN Negeri Sembilan nanti,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002613
$0.00002613$0.00002613
+0.03%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order