Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa, kata polis.Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa, kata polis.

Penuntut IPTS ditemukan mati dalam kondominium, 1 lelaki ditahan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
M Hussin Sollehuddin ZolkiflyKes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat, kata Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya M Hussin Sollehuddin Zolkifly. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga asing ditemukan mati dengan beberapa kesan kecederaan pada tubuhnya di sebuah kondominium di Bandar Sunway, Petaling Jaya, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, M Hussin Sollehuddin Zolkifly, berkata IPD Petaling Jaya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira 11.03 pagi.

Beliau berkata sepasukan polis yang bergegas ke lokasi kejadian menemukan mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa yang merupakan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Petaling Jaya, berusia lingkungan 20-an.

“Tangkapan telah dilakukan terhadap seorang lelaki warga asing berumur anggaran 20-an di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan forensik yang menjalankan siasatan di tempat kejadian turut merampas beberapa barang kes yang dipercayai boleh membantu siasatan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat yang dijangka dijalankan esok bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat ASP Surianti Lataera menerusi talian 013-3352547 atau hadir ke balai polis berhampiran.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002611
$0.00002611$0.00002611
+0.19%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order