Timbalan menteri KPDN itu berkata pindaan itu beri kuasa lebih besar kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia dalam kekang amalan monopoli dan kartel.Timbalan menteri KPDN itu berkata pindaan itu beri kuasa lebih besar kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia dalam kekang amalan monopoli dan kartel.

Bacaan kedua pindaan Akta Persaingan dibentang minggu depan, kata Fuziah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
myccTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata langkah memperkasakan MyCC itu penting memandangkan amalan antipersaingan kini semakin serius sehingga merosakkan ekosistem pelbagai industri negara.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Persaingan 2010 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat minggu depan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh.

Fuziah berkata pindaan itu bagi memberikan kuasa lebih besar kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam mengekang amalan monopoli dan kartel.

Katanya, langkah memperkasakan MyCC itu penting memandangkan amalan antipersaingan kini semakin serius sehingga merosakkan ekosistem pelbagai industri negara.

Beliau memberi contoh bagaimana sekurang-kurangnya 80 syarikat pengendali umrah sebelum ini dikesan berpakat menetapkan harga pakej, sekali gus menyekat penawaran harga yang lebih kompetitif kepada pengguna.

“Walaupun pakej yang ditawarkan itu bukan kategori mewah, amalan kawalan harga seperti ini tetap berlaku. Ini antara perkara serius yang disiasat dan diambil tindakan oleh MyCC,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) mengenai ancaman monopoli digital seperti platform e-dagang dan ejen pelancongan dalam talian (OTA) yang didakwa menjejaskan kelangsungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Dalam perkembangan lain, Fuziah berkata MyCC secara konsisten memantau rangkaian bekalan industri perumahan dan sektor bahan binaan bagi memastikan tiada unsur manipulasi pasaran atau pakatan kartel yang boleh melonjakkan kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, suruhanjaya itu melaksanakan kajian semula pasaran yang melibatkan empat bahan binaan utama iaitu besi, simen, konkrit siap bancuh dan pasir, termasuk menjalankan siasatan khusus terhadap pengusaha pasir di Kota Bharu, Kelantan.

“Indeks Harga Rumah Malaysia 2025 terbitan Pusat Maklumat Harga Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan pertumbuhan harga yang stabil dan sederhana, iaitu menyusut daripada 4.4% pada suku keempat 2024 kepada 3.5% pada suku pertama 2025 sebelum mencecah paras terendah pada suku keempat tahun lepas,” katanya.

Bagaimanapun Fuziah menambah, suruhanjaya itu sedia meneliti kaedah baharu bagi memudahkan pelaporan awam demi melindungi pembeli rumah daripada tekanan ejen mahupun pemaju.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002612
$0.00002612$0.00002612
+0.23%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order