Tertuduh Ishvherr Singh Jagjit Singh didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan di sekatan jalan raya ICQS Bukit Kayu Hitam, 15 Jun lalu.Tertuduh Ishvherr Singh Jagjit Singh didakwa melakukan kesalahan itu ketika ditahan di sekatan jalan raya ICQS Bukit Kayu Hitam, 15 Jun lalu.

Penuntut universiti didakwa edar 14.63kg dadah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
gavelPenuntut universiti swasta, Ishvherr Singh Jagjit Singh, 24, didakwa di Mahkamah Majistret Jitra atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 14.63 kg, minggu lalu. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Seorang penuntut universiti swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jitra hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 14.63 kg, minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Ishvherr Singh Jagjit Singh, 24, sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri, lapor Harian Metro.

Ini kerana kes berkenaan terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah itu ketika ditahan di sekatan jalan raya Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghala ke Malaysia dari arah Thailand pada 11.46 pagi, 15 Jun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup serta disebat minimum 12 kali sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Sharifah Nurlin Atiqah Wan Idrus manakala tertuduh diwakili peguam Naran Singh.

Mahkamah menetapkan 5 Oktober depan sebagai tarikh bagi serahan laporan kimia sebelum kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.