Ketua Bersatu Ampang Nor Hizwan Ahmad berkata kerusi dimenangi partinya pada pilihan raya lalu wajar dikekalkan.Ketua Bersatu Ampang Nor Hizwan Ahmad berkata kerusi dimenangi partinya pada pilihan raya lalu wajar dikekalkan.

Jangan usik kerusi dimenangi Bersatu, kata akar umbi

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
bersatuKerusi ditandingi Bersatu kebanyakannya kerusi Bumiputera Melayu, menurut Ketua Bersatu Ampang Nor Hizwan Ahmad.

PETALING JAYA: Pemimpin akar umbi Bersatu berkata kerusi dimenangi partinya pada pilihan raya lalu tidak wajar diusik dalam pembahagian Perikatan Nasional (PN), susulan penyertaan parti baharu.

Ketua Bersatu Ampang, Nor Hizwan Ahmad, berkata status quo wajar dikekalkan, iaitu kerusi dimemangi Bersatu pada pilihan raya wajar kekal milik partinya, manakala kerusi gagal dimenangi boleh dirundingkan.

Perkembangan ini menyusuli keputusan PN menerima permohonan Parti Wawasan Negara (Wawasan) menyertainya, semalam. Wawasan yang merupakan penjenamaan semula Parti Cinta Malaysia (PCM) dipimpin bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin.

Hari ini, Hamzah berkata Wawasan adalah ‘parti berwajah Malaysia’.

“Bagi Wawasan sebagai sebuah parti berbilang kaum, mereka boleh dipertimbangkan untuk bertanding di kerusi yang sebelum ini ditandingi Gerakan kerana sesuai dengan demografi Wawasan,” kata Hizwan.

“Jika mereka berselera dengan kerusi majoriti Melayu, PAS yang nampaknya bersungguh hingga hadir meraikan konvensyen mereka sebelum diterima masuk PN juga boleh menyerahkan kerusi ditandingi mereka sebelum ini untuk Wawasan.”

Hizwan mengulas kemungkinan pertindihan kerusi dalam pilihan raya akan datang, susulan penyertaan Wawasan dan Parti Pejuang Tanah Air, sebuah lagi parti dipimpin bekas ahli Bersatu.

Menurut Hizwan, kerusi ditandingi Bersatu kebanyakannya kerusi Bumiputera Melayu. “Yang lain, PN telah agihkan kepada Gerakan.”

“Parti asal Wawasan adalah PCM iaitu parti berbilang bangsa. Maka PCM yang ideologi dan struktur parti serupa Gerakan wajar tidak bertanding di kerusi majoriti Bumiputera Islam,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002664
$0.00002664$0.00002664
+3.25%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order