Sementara itu tiga individu lain dihadapkan ke mahkamah berkait komen di media sosial.Sementara itu tiga individu lain dihadapkan ke mahkamah berkait komen di media sosial.

Pengawal dipenjara 8 bulan, denda RM50,000 kerana komen jelik terhadap Agong

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
kompleks mahkamah kuchingMahkamah Sesyen Kuching menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas seorang lelaki kerana memuat naik komen jelik terhadap Agong di Facebook. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan dipenjara lapan bulan dan didenda RM50,000 kerana memuat naik komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di Facebook.

Mahkamah Sesyen Kuching menjatuhkan hukuman itu ke atas Raden Mohamad Norhakim Raden Ibrahim, 46, yang mengaku bersalah selepas didakwa membuat komunikasi bersifat jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain, menerusi satu hantaran di Facebook pada 12 Feb tahun lepas.

Hantaran itu dilihat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tarikh sama.

Raden Mohamad didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia, yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-dua sekali.

Hakim Iris Awen Jon berkata kesalahan dilakukan tertuduh boleh mengundang pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi hantaran tersebut dibuat di ruangan komen sebuah akhbar terkemuka dan melibatkan Seri Paduka Baginda.

“Kepentingan awam merupakan pertimbangan utama mahkamah dalam kes ini. Kamu perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan Yang di-Pertuan Agong. Tidak ada guna memohon maaf kepada saya, kerosakan telah pun berlaku,” katanya, lapor Bernama.

Hakim memerintahkan Raden Mohamad dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SKMM, Nazrul Nizam Zameri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen Sepang, seorang bekas ketua pengarang berita berdepan pertuduhan memuat naik komen palsu pada April lepas.

Laman Malaysia Tribune melaporkan bahawa tertuduh, Mohd Khaidir Ahmad, 64, didakwa menggunakan akaun Facebook secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komen yang palsu sifatnya.

Antara kandungan dimuat naik berkaitan dakwaan maklumat palsu dakwaan penyeludupan 52 juta liter diesel.

Kandungan berkenaan dilihat SKMM pada 13 April lepas.

Pertuduhan terhadap Khaidir dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia, yang boleh dihukum bawah Seksyen 233(2) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Khaidir membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SKMM, Siti Hajar Sulaiman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam prosiding sama, seorang pemandu e-panggilan mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya di media sosial, Mac lalu.

Romy Irwan Shah, 45, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menganggu mana-mana orang melalui aplikasi Thread, pada 28 Mac.

Mahkamah menjatuhkan hukuman RM 4,000 dan penjara enam bulan jika tidak membayar denda.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia, yang boleh dihukum bawah Seksyen 233(2) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam membayar denda tersebut.

Sementara itu, di mahkamah dan hakim sama, seorang wanita mengaku bersalah atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya di media sosial, April lalu.

Chong Kwai Fee, 55, didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menganggu mana-mana orang di Facebook, pada 13 April.

Mahkamah menjatuhkan hukuman RM4,000 dan penjara enam bulan jika tidak membayar denda.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia, yang boleh dihukum bawah Seksyen 233(2) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh membayar denda tersebut, menurut laporan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SKMM, Nurul Nazilah Mohd Hasyim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order