Wan Azri Wan Deris juga dilarang guna akaun media sosial sedia ada atau baharu untuk sebar kandungan memudaratkan.Wan Azri Wan Deris juga dilarang guna akaun media sosial sedia ada atau baharu untuk sebar kandungan memudaratkan.

Mahkamah benar injunksi terhadap Wan Azri berkait kandungan fitnah SKMM

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
MCMCSebelum ini, SKMM menafikan dakwaan ia menyekat satu laporan berita mengenai kes mahkamah melibatkan Wan Azri Wan Deris dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA: Penulis blog Wan Azri Wan Deris dilarang menerbitkan pernyataan berunsur fitnah terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau menyebarkan kandungan memudaratkan dalam talian susulan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan perintah injunksi interim ex-parte terhadapnya.

SKMM berkata, perintah interim itu susulan notis tuntutan pihaknya kepada Wan Azri yang dikeluarkan pada 9 April lalu, yang turut tidak membenarkan pengeluaran kenyataan ke atas SKMM sama ada melalui akaun sedia ada atau akaun baharu untuk menyebar kandungan palsu dan mengelirukan.

Perintah injunksi interim berkenaan akan terus berkuat kuasa sehingga pendengaran interpartes atau arahan lanjut oleh mahkamah, katanya dalam kenyataan.

Menurut pengawal selia internet itu, tindakan sivil berkenaan berpunca daripada notis tuntutan dikemukakan ke atas Wan Azri selepas dia mendakwa SKMM telah menyekat satu laporan MalaysiaGazette.

Laporan berita berkenaan adalah berkaitan dengan kes mahkamah melibatkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Wan Azri.

Sebelum ini, SKMM menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan pihak mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang permintaan atau arahan kepada mana-mana organisasi media atau platform digital untuk menurunkan kandungan dimaksudkan.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0.1417
$0.1417$0.1417
-1.52%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order