Agensi itu berkata tajaan berkenaan mencerminkan satu lagi langkah dalam komitmen jangka panjangnya untuk menyumbang semula kepada sukan Malaysia.Agensi itu berkata tajaan berkenaan mencerminkan satu lagi langkah dalam komitmen jangka panjangnya untuk menyumbang semula kepada sukan Malaysia.

ShekhinahPR taja RM15,000 acara tenis junior sempena ulang tahun ke-15

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
ShekhinahPR Chief Executive Officer, Dato’ Christopher Raj (centre) Young Athletes ShekhinahPRChristopher Raj bersama peserta acara beregu campuran jemputan Junior ShekhinahPR. (Gambar ShekhinahPR)

PETALING JAYA: ShekhinahPR menyambut ulang tahun ke-15 penubuhannya dengan tajaan bernilai RM15,000 bagi acara beregu campuran jemputan Junior ShekhinahPR, pertandingan peringkat junior yang diadakan bersempena Kejohanan Tenis CIMB terbuka KL 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR, Christopher Raj berkata tajaan itu komitmen jangka panjang agensi berkenaan untuk terus menyumbang kepada pembangunan sukan negara.

“Ulang tahun ke-15 ini adalah pencapaian penting buat ShekhinahPR, namun lebih utama ia memberi ruang untuk kami menilai semula peranan yang telah kami mainkan dalam menyokong perkembangan sukan di Malaysia.

“Kami percaya pelaburan terhadap atlet muda adalah pelaburan untuk masa depan negara. Platform seperti ini amat penting bagi memberi mereka pendedahan pertandingan, membina keyakinan diri dan memupuk mentaliti yang diperlukan untuk berjaya di peringkat tertinggi.

“Di ShekhinahPR, kami berbangga kerana dapat memainkan peranan dalam perjalanan itu,” katanya dalam kenyataan.

ShekhinahPR berkata tajaan itu mencerminkan komitmen berterusannya dalam menyokong pembangunan sukan akar umbi, selain membuka lebih banyak peluang kepada atlet muda untuk bertanding dan berkembang melalui platform sukan yang terancang.

Sejak ditubuhkan pada 2011, agensi perhubungan awam dan penjenamaan sukan itu telah menyokong program pembangunan badminton junior Rawang BC, menjalin kerjasama dengan SK Lemoi di Cameron Highlands bagi menggalakkan penyertaan pelajar Orang Asli dalam sukan, serta menaja peralatan sukan kepada 40 sekolah di seluruh Pulau Pinang.

Kejohanan Tenis CIMB Terbuka KL 2026, yang akan berlangsung dari 28 Julai hingga 2 Ogos di Pusat Tenis Negara, Kuala Lumpur, dijangka menampilkan pemain utama tempatan dan serantau.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order