Setiausaha agung Umno berkata tak wajar bagi pemimpin lama dan berpengalaman seperti Puad Zarkashi ugut parti untuk mensyaratkan anaknya mesti jadi calon.Setiausaha agung Umno berkata tak wajar bagi pemimpin lama dan berpengalaman seperti Puad Zarkashi ugut parti untuk mensyaratkan anaknya mesti jadi calon.

Puad keluar Umno kerana anak tak dicalon di Rengit, dakwa Asyraf

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Asyraf Wajdi DusukiAsyraf Wajdi Dusuki berkata ini bukan kali pertama Puad Zarkashi mengugut keluar parti apabila tidak memenuhi kehendaknya.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Puad Zarkashi keluar Umno kerana anakya tidak dicalonkan di DUN Rengit pada PRN Johor 11 Julai ini.

Beliau amat kesal kenyataan berbaur fitnah Puad yang memberikan alasan utama keluar parti dengan mengaitkan konon kerana istana mengawal Umno Johor sehingga menitahkan pembubaran DUN pada 1 Jun lalu.

“Sedangkan beliau sendiri menulis kepada saya secara panjang lebar mengugut untuk keluar parti dan akan menghentam parti sekiranya kepimpinan tertinggi Umno tidak mempertimbangkan untuk anak beliau sebagai calon di DUN Rengit.

“Benar, anaknya masih muda dan berpotensi besar untuk dilatih dan diangkat sebagai pemimpin. Namun, tentulah parti mengambil kira banyak faktor dalam pemilihan seseorang calon dalam satu-satu pilihan raya,” katanya di Facebook sambil menyertakan tangkap layar pesanan WhatsApp Puad kepadanya berkaitan perkara itu.

Semalam, Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, mengumumkan Mohd Zaidi Japar dicalonkan di DUN Rengit mewakili gabungan itu.

Pada 17 Jun lalu, Puad mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi itu yang disandangnya sejak 2022 atas faktor usia.

Sementara itu, Asyraf berkata tidak wajar bagi seorang pemimpin lama dan berpengalaman seperti Puad mengugut parti untuk mensyaratkan anaknya mesti menjadi calon menggantikan tempatnya di DUN Rengit.

“Sekiranya tidak dipenuhi maka akan keluar parti bahkan tergamak pula mengugut mahu menghentam parti yang banyak jasa dan menaikkan beliau selama ini,” katanya.

Katanya, ini bukan kali pertama Puad mengugut keluar parti apabila tidak memenuhi kehendaknya kerana pada zaman Najib Razak presiden Umno, beliau pernah berbuat demikian jika tidak dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen Batu Pahat.

“Cukup-cukuplah Umno diugut sedemikian rupa. Umno bukan parti warisan anak-beranak yang mesti mengutamakan keluarga dan suku-sakat untuk menjadi pemimpin. Perjuangan Umno jauh lebih besar daripada kepentingan peribadi, tuntutan keluarga atau rasa kecewa individu,” katanya.

Terdahulu, Puad mengumumkan keluar parti serta-merta berkuat kuasa hari ini selepas mendakwa Umno Johor tidak lagi bebas membuat keputusan dan hanya menjadi ‘boneka yang terikat’.

Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat itu mendakwa, Umno Johor tidak bebas membuat keputusan sendiri dan berkata perkara itu diakui sendiri oleh Onn Hafiz kepadanya.

Beliau turut mendakwa, terdapat banyak contoh yang menunjukkan Onn Hafiz hanyalah seorang ‘pak turut’.

Menyusul kenyataan itu, Onn Hafiz menjelaskan pembubaran DUN dilakukan mengikut proses perlembagaan dan menafikan dakwaan ia dibuat atas arahan istana.

Menteri besar Johor itu berkata, pembubaran dibuat selepas mendapat titah perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.05317
$0.05317$0.05317
+0.11%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order