Saksi pendakwaan Jumsuri Basri dalam keterangan menyatakan dokumen itu dihantar ke dua alamat emel.Saksi pendakwaan Jumsuri Basri dalam keterangan menyatakan dokumen itu dihantar ke dua alamat emel.

Bekas pengurus Petronas hantar dokumen dalaman kepada 2 staf Petros, mahkamah diberitahu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
kompleks mahkamah kuala lumpurKhairul Akmal Jasni dituduh cuba bocorkan dokumen dalaman syarikat yang diperoleh ketika bertugas di Petronas kepada Petros, pada 8 Jun 2024.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen diberitahu seorang bekas pengurus di Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah menghantar satu dokumen dalaman syarikat menerusi akaun emel kerjanya kepada dua kakitangan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) pada 2024.

Saksi pendakwaan, Jumsuri Basri, 48, yang ketika itu merupakan pengurus kanan perhubungan perusahaan Petronas, memberi keterangan bahawa hasil semakan mendapati Khairul Akmal Jasni, 40, telah menghantar dokumen bertajuk ‘Q1 2024 Upstream Business Performance’ ke dua alamat emel, sekitar 3.19 petang, pada 8 Jun 2024.

Dalam penyataan saksi, Jumsuri berkata jawatankuasa pemberi maklumat telah memaklumkan kepadanya mengenai dakwaan salah laku tersebut pada 6 Dis.

Jumsuri memberi keterangan bahawa beliau kemudiannya telah memaklumkan kepada beberapa jabatan, termasuk jabatan kewangan dan keselamatan siber bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Semakan oleh Jabatan Cyber Security Petronas mengesahkan Khairul, yang ketika itu merupakan pengurus prestasi (unit perniagaan) telah menghantar dokumen tersebut pada 8 Jun.

“Mereka juga mendapati bahawa beliau telah cuba menghantar emel sama lebih awal pada 7.19 pagi, namun gagal kerana saiz fail terlalu besar,” katanya.

Beliau berkata, dokumen itu ditandakan dengan perkataan ‘dalaman’ pada setiap halaman dan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kelulusan daripada ketua jabatan kewangan dan risiko.

Jumsuri berkata, Khairul telah digantung kerja dari 9 Dis 2024 hingga 8 Feb 2025 sementara menunggu siasatan dalaman selesai. Tambahnya, beliau telah membuat laporan polis pada keesokan hari.

Khairul kemudiannya diberikan surat tunjuk sebab sebelum perkhidmatannya ditamatkan, pada 20 Dis 2024.

Ketika pemeriksaan utama, Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Radzuan bertanya kepada Jumsuri bagaimana beliau mengetahui penerima tersebut merupakan kakitangan Petros.

Jumsuri: “Berdasarkan alamat emel. Sepanjang pengetahuan kami, Petroleum Sarawak dikenali sebagai Petros.”

Noor Syafina: “Anda menyatakan dokumen sulit tersebut tidak sepatutnya dikongsi dengan pihak luar, terutamanya pesaing. Dalam kes ini, siapakah pesaing dimaksudkan?”

Jumsuri: “Dalam kes ini, Petros adalah pesaing kerana ia juga terlibat dalam industri minyak dan gas. Jika, maklumat sulit didedahkan kepada pihak ketiga, ia boleh memberi implikasi kepada Petronas.”

Bagaimanapun, semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela Louis Liaw, Jumsuri mengakui siasatan dalaman itu tidak merangkumi tindakan menghubungi pemilik alamat emel tersebut.

Liaw turut mempersoalkan mengapa siasatan dalaman itu gagal mempertimbangkan jawapan Khairul terhadap surat tunjuk sebab, yang mana dijelaskan bahawa beliau tidak menghantar dokumen berkenaan kepada Petros kerana komputer ribanya berada dalam pegangan seorang rakan sekerja wanita pada waktu material tersebut.

Jumsuri menjawab bahawa rakan sekerja dimaksudkan itu tidak relevan baginya dalam siasatan dalaman itu. “Saya melihat kepada bukti di hadapan saya. Saya melihat emel daripada Khairul. Tindakan saya adalah berdasarkan imbangan kebarangkalian,” katanya.

Khairul didakwa atas pertuduhan cuba membocorkan dokumen diperoleh semasa menjalankan tugasnya di Petronas kepada Petros. Kesalahan itu didakwa dilakukan di B-6-10, Marc Service Residence, Jalan Pinang, Dang Wangi, antara 3.19 petang hingga 3.21 petang, pada 8 Jun 2024.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 203A(1) dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda minimum RM1 juta, penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.

Perbicaraan di hadapan hakim Mazuliana Abdul Rashid bersambung esok.

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus