Kementerian Sumber Manusia berkata kerajaan fokus bantu rakyat kembali bekerja melalui pendekatan intervensi pasaran buruh.Kementerian Sumber Manusia berkata kerajaan fokus bantu rakyat kembali bekerja melalui pendekatan intervensi pasaran buruh.

13,309 kembali bekerja melalui portal MYFutureJobs, kata Kesuma

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
kilangKebanyakan individu berjaya ditempatkan semula memperoleh pekerjaan dalam sektor perkhidmatan, diikuti pembuatan dan pembinaan. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Hampir 31% atau 13,309 individu berjaya memperoleh pekerjaan semula hasil intervensi pasaran buruh yang dilaksanakan kerajaan, menurut Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

Kesuma dalam kenyataan memaklumkan keutamaan kerajaan bukan sahaja tertumpu kepada pemantauan dan pengurusan isu kehilangan pekerjaan, malah memastikan individu yang terjejas dapat kembali memperoleh pekerjaan melalui pelbagai intervensi pasaran buruh yang komprehensif dan berkesan.

Menurutnya, jumlah itu berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga 12 Jun lepas.

“Jumlah itu adalah sebahagian daripada 62,644 penempatan pekerjaan yang berjaya direalisasikan melalui portal MYFutureJobs, sekali gus mencerminkan keberkesanan usaha padanan pekerjaan yang dilaksanakan.

“Fokus Kesuma membantu rakyat kembali bekerja bukan sekadar merekodkan kehilangan pekerjaan,” menurut kenyataan itu.

Kesuma memaklumkan kebanyakan individu yang berjaya ditempatkan semula memperoleh pekerjaan dalam sektor perkhidmatan, diikuti pembuatan dan pembinaan, sekali gus mencerminkan permintaan tenaga kerja yang terus kukuh dalam sektor utama ekonomi negara.

Bagi meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing tenaga kerja selaras dengan keperluan pasaran buruh semasa, Perkeso terus memperkukuh pelaksanaan program peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling).

“(Ia dilaksanakan) bagi membantu pencari kerja memperoleh kemahiran baharu yang relevan dengan kehendak industri,” menurut kenyataan itu.

Sehingga kini, Kesuma memaklumkan sebanyak 2,697 Orang Berinsurans telah diluluskan permohonan untuk mengikuti program peningkatan kemahiran dan latihan semula yang ditawarkan.

“Majoriti peserta telah mengikuti kursus dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi, diikuti program berkaitan sektor Perdagangan Borong dan Runcit serta pensijilan kemahiran yang memenuhi keperluan industri pembuatan.

“Pencapaian itu membuktikan keberkesanan pelbagai inisiatif yang diterajui KESUMA melalui agensi-agensinya dalam memastikan individu yang terjejas dapat kembali menjana pendapatan dan meneruskan kehidupan mereka.

“Selain program peningkatan kemahiran dan latihan semula, Perkeso turut menyediakan perkhidmatan padanan pekerjaan menerusi platform MYFutureJobs, khidmat kaunseling kerjaya, bantuan mobiliti pekerjaan serta perlindungan sosial di bawah Sistem Insurans Pekerjaan,” menurut kenyataan itu.

Kesuma terus memperkukuh kebolehpasaran tenaga kerja negara melalui pelbagai program pembangunan bakat dan kemahiran yang diterajui oleh PERKESO, HRD Corp, TalentCorp, Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Jabatan Tenaga Manusia, selaras dengan keperluan industri dan perubahan ekonomi semasa.

“Pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan termasuk Pakej Daya Tahan Ekonomi 2026 turut membantu memperluaskan peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan mempercepatkan penempatan semula pekerja yang terkesan.

“Kesuma akan terus memantau perkembangan pasaran buruh secara proaktif serta bekerjasama rapat dengan majikan, industri dan rakan strategik bagi memastikan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti diwujudkan untuk rakyat,” menurut kenyataan itu.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002653
$0.00002653$0.00002653
+2.82%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order