Masa depan negara tidak ditentukan oleh ahli politik semata-mata tetapi rakyat yang memilih untuk melaksanakan tanggungjawab.Masa depan negara tidak ditentukan oleh ahli politik semata-mata tetapi rakyat yang memilih untuk melaksanakan tanggungjawab.

Mengundi bukan sekadar hak tapi amanah untuk masa depan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com

Pembubaran DUN Johor pada 1 Jun lalu selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor membuka lembaran baharu politik negeri itu dan memberi laluan kepada PRN ke-16. Suruhanjaya Pilihan Raya kemudian menetapkan 27 Jun sebagai hari penamaan calon, 7 Julai hari pengundian awal dan 11 Julai hari mengundi.

Namun, persoalan lebih penting daripada tarikh tersebut ialah adakah rakyat Johor akan keluar mengundi dan melaksanakan amanah mereka sebagai warganegara?

PRN Johor bukan sekadar proses demokrasi yang berlangsung setiap beberapa tahun. Ia merupakan medan di mana rakyat menentukan arah masa depan negeri, bahkan memberikan isyarat penting terhadap hala tuju politik negara. Setiap undi yang dibuang bukan sekadar tanda pada kertas, tetapi satu amanah, tanggungjawab dan manifestasi kecintaan kepada tanah air.

Pilihan raya bukan sekadar pertandingan antara parti politik atau calon. Sebaliknya, ia proses menentukan siapakah yang akan mengurus ekonomi negeri, memperkukuh sistem pendidikan, menarik pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menangani kos sara hidup dan membentuk masa depan generasi akan datang.

Setiap kali pilihan raya berlangsung, pasti ada segelintir rakyat yang memilih untuk tidak mengundi. Ada yang beranggapan semua calon adalah sama, ada yang merasakan undi mereka tidak membawa sebarang perubahan, manakala sebahagian yang lain terlalu kecewa dengan perkembangan politik semasa. Sikap sebegini bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah boleh memberi kesan besar kepada masa depan negeri dan negara.

Dalam sebuah negara demokrasi, kuasa sebenar terletak pada rakyat. Pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan tidak muncul secara kebetulan, tetapi dipilih melalui proses pilihan raya. Oleh itu, sikap apati dan tidak peduli merupakan ancaman kepada demokrasi yang sihat.

Apabila rakyat memilih untuk tidak mengundi, mereka sebenarnya menyerahkan hak menentukan masa depan negeri kepada orang lain. Mereka juga kehilangan peluang untuk menyumbang kepada pembentukan dasar dan hala tuju pentadbiran yang akan memberi kesan kepada kehidupan seluruh rakyat.

Dalam Islam, memilih pemimpin bukan sekadar hak, tetapi merupakan satu amanah yang besar. Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil.” (Surah An-Nisa’ ayat 58)

Ayat ini memberikan panduan yang jelas bahawa amanah kepimpinan perlu diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak. Dalam konteks pilihan raya, pengundi memikul tanggungjawab untuk memilih individu yang mempunyai integriti, kompetensi, kebijaksanaan dan keupayaan memimpin dengan adil.

Johor hari ini berada pada kedudukan yang sangat strategik. Dengan pembangunan pesat di kawasan selatan negeri, pertumbuhan sektor teknologi dan industri, serta kedudukannya yang bersempadan dengan Singapura, Johor mempunyai potensi besar untuk menjadi pemacu utama ekonomi Malaysia. Namun, potensi ini tidak akan dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa kepimpinan yang cekap, berwawasan dan berani melaksanakan pembaharuan yang diperlukan.

Justeru, rakyat perlu menilai calon dan parti politik berdasarkan keupayaan mereka menawarkan penyelesaian yang realistik terhadap cabaran yang dihadapi rakyat. Pemimpin yang dipilih bukan sekadar perlu popular atau petah berpidato, tetapi mestilah mempunyai rekod prestasi yang baik, kemampuan mentadbir serta visi yang jelas untuk memajukan negeri dan negara.

Pilihan raya juga tidak seharusnya menjadi gelanggang sentimen sempit yang berasaskan emosi, perkauman atau kepentingan jangka pendek. Masa depan Johor terlalu berharga untuk ditentukan oleh slogan dan janji kosong semata-mata. Sebaliknya, ia perlu ditentukan oleh pertimbangan yang matang, rasional dan berpandangan jauh.

Allah SWT juga mengingatkan:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah Ar-Ra’d ayat 11)

Ayat ini membawa mesej yang amat jelas bahawa perubahan tidak akan berlaku tanpa usaha daripada rakyat sendiri. Mengundi merupakan salah satu bentuk ikhtiar yang paling penting dalam sistem demokrasi untuk membawa perubahan yang diharapkan. Mereka yang menginginkan Johor dan Malaysia yang lebih baik tetapi enggan keluar mengundi sebenarnya telah melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perubahan tersebut.

Perubahan memerlukan tindakan. Dalam konteks demokrasi, salah satu tindakan paling asas tetapi paling berkuasa ialah keluar mengundi.

PRN Johor 2026 bukan sekadar menentukan siapa yang akan menduduki 56 kerusi DUN. Ia juga bakal menjadi petunjuk penting kepada hala tuju politik negara menjelang pilihan raya umum akan datang. Keputusan yang dibuat oleh rakyat Johor akan diperhatikan oleh seluruh negara kerana ia mencerminkan aspirasi rakyat terhadap kepimpinan, pembangunan dan masa depan Malaysia.

Oleh itu, setiap pengundi perlu melihat hari mengundi sebagai satu kesempatan untuk menunaikan amanah kepada negeri dan negara. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan bagi pihak kita. Jangan sia-siakan hak yang telah diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Dan jangan sekali-kali menganggap bahawa satu undi tidak membawa makna.

Generasi akan datang akan mewarisi keputusan yang dibuat hari ini. Kualiti pendidikan anak-anak, peluang pekerjaan belia, kestabilan ekonomi, keharmonian masyarakat dan kekuatan institusi negara banyak bergantung kepada pilihan yang dibuat di peti undi.

Sesungguhnya, masa depan Johor dan Malaysia tidak ditentukan oleh ahli politik semata-mata, tetapi oleh rakyat yang memilih untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. PRN Johor adalah peluang untuk rakyat menyatakan harapan dan menentukan masa depan yang mereka impikan. Jangan biarkan rasa apati, kecewa atau sikap tidak peduli menghalang kita daripada menunaikan amanah tersebut.

Setiap undi mempunyai nilai. Setiap undi adalah suara rakyat. Dan setiap undi merupakan amanah yang akan dipersoalkan, bukan sahaja di hadapan masyarakat, malah di sisi Allah.

Dengan itu, keluarlah mengundi pada 11 Julai 2026 nanti. Pilihlah calon dengan ilmu, pertimbangan dan hati nurani. Kerana masa depan Johor dan Malaysia bermula dengan satu tindakan yang sangat sederhana tetapi amat bermakna iaitu melalui undi anda.

Penulis ialah naib presiden Pertubuhan Ikram Malaysia.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order