Presiden Zahid Hamidi ucap selamat maju kepada Puad Zarkashi yang keluar Umno menjelang PRN Johor.Presiden Zahid Hamidi ucap selamat maju kepada Puad Zarkashi yang keluar Umno menjelang PRN Johor.

Umno hormat keputusan Puad, hargai sumbangan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
ZAHID HAMIDIPresiden Zahid Hamidi berkata Umno amat menghargai ahli baharu dan lama yang terus menyokong kepimpinan BN Johor.

PETALING JAYA: Umno menghormati keputusan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi, Puad Zarkashi, dan menghargai sumbangannya kepada parti selama ini, kata Presiden Zahid Hamidi.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada Puad,” katanya, lapor Utusan Malaysia, mengulas perkembangan berlaku menjelang PRN Johor.

Semalam, Puad keluar Umno dan berkata beliau tidak lagi mampu berdiam diri mengenai apa yang disifatkannya sebagai kekurangan autonomi dalam membuat keputusan di Umno Johor.

Pada 17 Jun lalu, Puad mengesahkan tidak akan mempertahankan DUN Rengit yang disandang sejak 2022 atas faktor usia.

Dalam pada itu, Zahid berkata Umno amat menghargai ahli baharu dan lama yang terus memberikan sokongan kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) Johor.

“Yang penting ialah memberikan sokongan kepada semua 56 calon BN bagi PRN Johor bakal diadakan 11 Julai nanti,” katanya.

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus