Pengerusi BN yang juga timbalan perdana menteri turut nyata komitmen pastikan kebersamaan sepenuhnya antara pentadbiran negeri dengan Putrajaya.Pengerusi BN yang juga timbalan perdana menteri turut nyata komitmen pastikan kebersamaan sepenuhnya antara pentadbiran negeri dengan Putrajaya.

Zahid jamin kerajaan Johor kekal selari dengan persekutuan jika BN diberi mandat

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Ahmad Zahid HamidiPengerusi BN Zahid Hamidi berkata, pentadbiran BN pada peringkat negeri tak pernah berniat sanggah pentadbiran pusat dalam mana-mana kempen pilihan raya. (Gambar Bernama)

PONTIAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi memberikan jaminan akan memastikan kerajaan Johor sentiasa bergerak selari, dan memberikan sokongan penuh kepada kerajaan persekutuan sekiranya terus diberikan mandat pada PRN Johor kali ini.

Zahid yang juga presiden Umno berkata, kepimpinan yang baik berakar umbi daripada kestabilan politik yang kukuh, terutamanya apabila kemenangan dicapai dengan jumlah kerusi dan majoriti yang lebih tinggi.

Pentadbiran BN pada peringkat negeri tidak pernah berniat menyanggah pentadbiran peringkat pusat dalam mana-mana kempen pilihan raya, tambahnya.

“Saya memberikan jaminan bahawa jika mandat diberikan semula, kerajaan di Johor yang dipimpin oleh sahabat kita akan terus bersama-sama dengan kerajaan pusat demi kepentingan bangsa Johor keseluruhan,” katanya pada Majlis Perjumpaan Kakitangan Kemas Negeri Johor di MRSM Pontian.

Timbalan perdana menteri itu turut menyatakan komitmennya untuk memastikan kebersamaan sepenuhnya antara pentadbiran negeri dengan Putrajaya demi mengukuhkan kerajaan perpaduan sedia ada.

“Saya ingin sebutkan bahawa kerajaan Johor yang akan dibentuk, apatah lagi jika mandat lebih besar diberikan, saya dan kita (BN) akan pastikan bahawa kerajaan Johor ini adalah kerajaan yang akan terus selari dengan kerajaan pusat di Putrajaya,” katanya.

Justeru, Zahid mengingatkan semua pihak agar tidak memanipulasi sentimen politik dengan mendakwa pengundi kononnya perlu memilih wakil daripada kelompok tertentu sahaja bagi menjamin keselarasan dengan kerajaan pusat.

“Dan jangan main-mainkan isu, hanya pilih mereka yang kononnya datang daripada gabungan atau parti yang sama. Kita pun dalam gabungan yang sama,” katanya.

Beliau menyeru para pengundi dan calon yang bertanding sepanjang tempoh kempen 14 hari ini agar melaksanakan proses demokrasi dengan matang bagi memilih wakil rakyat yang mampu memperkukuh kestabilan serta memajukan Johor.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada polis serta jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam memastikan kelancaran serta keselamatan proses pilihan raya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order