Mahdzir Khalid berkata, dakwaan dibangkitkan Puad Zarkashi itu hanya naratif lama, sering kali diulang tiap kali pilihan raya.Mahdzir Khalid berkata, dakwaan dibangkitkan Puad Zarkashi itu hanya naratif lama, sering kali diulang tiap kali pilihan raya.

Isu calon ‘kitar semula’ perlu ditangani secara berhemah, tak ganggu fokus BN, kata ahli MKT

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Mahdzir Khalid di Pelancaran Jentera BN bagi DUN N21Ahli MKT Umno Mahdzir Khalid hadiri Majlis Pelancaran Jentera BN bagi DUN Parit Yaani dan Parit Raja di Dataran Tanjung Simpang, Tongkang Pechah, yang disempurnakan Pengerusi BN Zahid Hamidi.

BATU PAHAT: Semua isu yang timbul menjelang PRN Johor perlu ditangani secara berhemah supaya tidak mengganggu fokus Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya, kata ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mahdzir Khalid.

Beliau berkata, dakwaan Puad Zarkashi, yang sebelum ini turut menganggotai MKT, kononnya BN mempertaruhkan calon ‘kitar semula’ hanyalah naratif lama yang sengaja diulang setiap kali menjelang pilihan raya dan tidak menjejaskan gerak kerja parti.

Menurutnya, budaya dalam BN sejak dahulu tidak pernah mengajar pemimpinnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung atau menjatuhkan imej mana-mana pihak.

“Lumrah manusia apabila berada dalam keadaan marah, segala perkara baik sebelum ini boleh berubah persepsi. Emosi kadangkala menguasai pertimbangan sehingga perkara kecil dibesar-besarkan.

“Apabila seseorang terlalu emosional, apa sahaja boleh diungkapkan tanpa pertimbangan rasional dan akhirnya mudah disalah tafsir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Jentera BN bagi DUN Parit Yaani dan Parit Raja di Dataran Tanjung Simpang, Tongkang Pechah, yang disempurnakan Pengerusi BN Zahid Hamidi.

Terdahulu, Puad berkata, Umno berdepan risiko ditolak oleh pengundi muda lantaran calon-calon yang dipertaruhkan parti itu untuk PRN Johor.

Katanya, Umno sepatutnya dipimpin generasi keempat seperti Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghani, namun malangnya, ramai calon Umno daripada ‘generasi ketiga’.

Beliau juga mendakwa Umno membariskan calon ‘kitar semula’ yang kebolehannya diragui, serta ‘anti aspirasi anak muda’.

Mengulas persediaan pilihan raya, Mahdzir berkata, jentera di kawasan Sri Gading, Parit Raja, Parit Yaani dan Semerang kini berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi.

Katanya, semua pusat daerah mengundi beroperasi dengan baik termasuk dalam urusan penghantaran bahan kempen, sekali gus menunjukkan jentera akar umbi BN bersedia sepenuhnya menghadapi pilihan raya.

“Malah pasukan dari Kedah turut turun membantu jentera tempatan di Johor sebagai sebahagian usaha memperkukuh gerak kerja pilihan raya,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002717
$0.00002717$0.00002717
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus