Sudah sekian lama Fifa menganjur atau menyarankan ‘fair play’ malah mewujudkan Fair Play Award sebagai pengiktirafan terhadap permainan dan tingkah laku yang bersih dan adil serta semangat kesukanan menyeluruh. Ia bukan sahaja membabitkan pasukan dan pemain. Ia merangkumi individu, penyokong, penonton, even entire footballing communities. Ringkasnya ia mengenai keadilan dan kesaksamaan.
Fifa sendiri bagaimana?
Itu mukadimah penulisan ini. Sekarang saya bercakap mengenai pasukan Iran yang menyertai World Cup 2026 yang dihos oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada. Ini bukan kali pertama Iran beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia based on merit. Iran melepasi pusingan kelayakan untuk bermain pada 1978, 1998,2006,2014,2018, dan 2022 maka Piala Dunia tahun ini ialah kali ketujuh. Tetapi Piala Dunia 2026 amat berbeza buat Iran. Hasil pengundian Iran diletakkan dalam kumpulan G dan bermain di AS.
Rasanya ramai khususnya kaki bola sudah tahu apa yang terjadi. Pasukan Iran dibenarkan masuk AS. Tidak seperti pengadil Somalia, Omar Abdulkadir Artan, yang dihalang jejak kaki atas alasan visa vetting concerns. This despite the fact Fifa yang menugaskan beliau untuk mengendali beberapa perlawanan Piala Dunia. Omar diiktiraf sebagai Fifa listed referee sejak 2018. Tahun lalu beliau menerima anugerah African Referee of the Year.
Kisah Iran tidak kurang perit. Ia tidak diizinkan oleh AS untuk mengadakan kem latihan di AS. Asalnya kem Iran diatur untuk ditempatkan di Tucson, Arizona tetapi diarah to set up camp di Tijuana, Mexico. Mengapa? Kerana AS dan Israel melancar perang ke atas Iran lalu pasukan bola sepak juga dilihat sebagai musuh.
Jika begitulah anggapannya, mengapa tidak dilarang terus Iran dripada Piala Dunia? Fifa atau AS takut dikecam dunia?
Apa pun, berlatihlah Iran di Mexico menunggu the World Cup kick off, dan apabila Piala Dunia 2026 bermula Iran berangkat ke AS namun tidak dibenarkan tinggal di AS. Iran diarah datang ke AS pada hari perlawanan dan pulang ke Mexico pada hari yang sama, yakni sebaik sahaja perlawanan tamat.
Ertinya pasukan Iran terpaksa memulakan perjalanan lima atau enam jam sebelum perlawanan. Untuk ke AS bukan ada penerbangan khas. Kemudian di lapangan terbang AS, berdepan dengan karenah imigresen yang makan masa. It’s a miracle Iran sempat sampai ke stadium for its three group matches sebelum perlawanan bermula. Kita boleh bayangkan stress yang dialami pemain dan jurulatih.
Selepas perlawanan, lazimnya pemain akan ke bilik persalinan di stadium, mandi, bertukar pakaian dan berehat seketika sebelum ke hotel penginapan. Semua dilakukan at their own pace. Santai santai. Not for Iran. Para pemain terpaksa terburu-buru dan tergesa-gesa. Dari stadium berangkat cepat ke lapangan terbang untuk catch the next flight back to Mexico. Oh jangan lupa ragam pihak imigresen.
Adakah ini fair play Fifa?
Benar ini tindakan AS. Betullah pihak AS ada hak siapa masuk, siapa duduk dalam negaranya tetapi selaku tuan rumah semua pasukan yang mengambil bahagian dan yang sudah diberi lampu hijau oleh Fifa adalah tetamu.
“It was the host that wasn’t very good to us,” kata Amir Ghalenoei, jurulatih Iran dipetik Al Jazeera. “I urge Fifa to not let the hosts treat teams and players the same way in future. I hope Mr Infantino will actually stand up to such behaviour. To stand up to the co-host, United States”. Ghalenoei merujuk kepada Gianni Infantino iaitu presiden Fifa.
Fifa terutama Infantino mesti ada tulang belakang untuk berdepan AS. Ketidakadilan terhadap Iran tidak sepatutnya dibenar berlaku in the first place. Infantino sepatutnya menangani isu ini bersama Presiden Donald Tump sebelum Piala Dunia bemula. Beliau memang rapat dengan Trump malah beliau yang mencipta dan menyampaikan Fifa Peace Prize kepada presiden AS itu. Anugerah ini tidak pernah ada sebelum ini.
Football unites the world, kata Fifa menerusi anugrah itu. Not in this instance. Mujur Israel tidak layak bermain pada Piala Dunia 2026. Jika tidak pasti layanan untuk mereka akan jauh berbeza dengan apa yang diberi kepada Iran.
Fifa mengharamkan Rusia daripada Piala Dunia dan semua kejohanan lain, sama ada melibatkan pasukan kebangsaan mahu pun kelab kerana Rusia menyerang Ukraine. AS dan Israel tidak diharam, dilarang atau dikenakan sebarang sekatan walaupun dua negara itu menyerang Iran. Lain macam definisi FIFA mengenai ‘fair play’ dan ‘football unites the world’.
“All teams have the right to equal treatment because Fifa seeks respect and fair play. Respect and fair play mean everyone should respect everyone and for there to be fairness between everyone,” kata Hossam Hassan, jurulatih Mesir bercakap dalam konteks Iran dan Piala Dunia 2026. “The Iranian team is one of the teams I respect very much,” kata beliau, sebelum Mesir bertemu Iran untuk melengkapi jadual kumpulan.
Perlu dinyatakan Iran tidak pernah kalah dalam Piala Dunia ini. Seri tiga kali dalam tiga perlawanan. Mengambil kira apa yang telah ia lalui dan segala macam halangan, sekatan perjalanan dan unfair scheduling, menurut Al Jezeera, apa yang dicapai memang membanggakan.
Berdasarkan perang di Iran serta konflik dengan AS dan Israel yang berlarutan sekian lama, kejayaan menubuhkan pasukan bola sepak adalah mengkagumkan. That itself is an achievement, apa lagi layak ke peringkat akhir Piala Dunia. Menakjubkan.
Ya, cabaran Iran di Piala Dunia 2026 sudah berakhir. Mereka pulang ke Tehran. Namun bagi saya juara dunia ialah Iran. Bukan Brazil, bukan Argentina, bukan Jerman. Bukan juga Perancis. Kerana Iran berani menghadapi kesusahan dan kesulitan yang dikenakan atas mereka.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


