Menteri Dzulkefly Ahmad berkata program penyumberan luar kesihatan itu dapat manfaatkan teknologi terkini tanpa kekangan undang-undang.Menteri Dzulkefly Ahmad berkata program penyumberan luar kesihatan itu dapat manfaatkan teknologi terkini tanpa kekangan undang-undang.

KKM rancang kongsi fasiliti rehab Perkeso rawat pesakit bukan pencarum

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Ketika ini KKM dikawal selia bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 manakala pusat rehab Perkeso tertakluk bawah Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja 1969. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang untuk melaksanakan program penyumberan luar perkhidmatan kesihatan (HSOP) bagi membolehkan pesakit bukan pencarum memanfaatkan fasiliti rehabilitasi bertaraf dunia milik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu bagi mengatasi kekangan undang-undang sedia ada bawah Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), yang mengehadkan kemudahan Pusat Rehabilitasi Perkeso hanya kepada pencarum.

“Kita mahu segera melakukan dan meneruskan perbincangan itu sehinggakan kita dapat memanfaatkan segala fasiliti rehabilitasi Perkeso yang bertaraf dunia serta dilengkapi teknologi terkini.

“Melalui HSOP, ia bukan sahaja untuk pencarum tetapi kita juga boleh merawat pesakit-pesakit lain,” katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat.

Dzulkefly berkata, ketika ini KKM dikawal selia bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), manakala pusat rehab Perkeso pula tertakluk bawah Akta 4.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Kelvin Yii (PH-Kuching) sama ada kerajaan berhasrat meminda Akta 4 dan Akta 586 bagi mewujudkan satu sistem penjagaan kesihatan bersepadu.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly memaklumkan KKM merekodkan sebanyak 1,076 kes celebral palsy di klinik dan hospital kerajaan bagi tempoh 2016 sehingga 2025.

Katanya, KKM komited mengambil pendekatan merentas kementerian atau pendekatan keseluruhan kerajaan bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk mengupayakan golongan itu.

“Kanak-kanak CP ini mempunyai keupayaan kognitif yang hampir sama dan normal.

“Lebih segera kita ambil pendekatan bersepadu, kita akan dapat mengizinkan anak-anak CP ini kekal produktif dan merealisasikan potensi mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.