Mahkamah Rayuan menerima hujah pendakwaan gagal membuktikan elemen utama penculikan, iaitu niat untuk menahan mangsa.Mahkamah Rayuan menerima hujah pendakwaan gagal membuktikan elemen utama penculikan, iaitu niat untuk menahan mangsa.

2 warga Bangladesh bebas tuduhan culik selepas 7 tahun ditahan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Faruk Syahabudin dan Hosneara Begum Rabesali bersama peguam mereka RSN Rayer (kiri), R Thandayuthabany dan Ahmad Taufiq Baharom.

PUTRAJAYA: Dua pekerja binaan warga Bangladesh yang ditahan lebih tujuh tahun atas tuduhan menculik rakan senegara untuk mendapatkan wang tebusan, dibebaskan hari ini selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan terhadap mereka.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Azmi Ariffin sebulat suara membenarkan rayuan Faruk Syahabudin, 42, dan Hosneara Begum Rabesali, 40, terhadap sabitan mereka mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961.

Mahkamah turut mengetepikan hukuman penjara 30 tahun yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kedua-dua mereka, serta hukuman satu sebatan ke atas Faruk, sebelum membebaskan dan melepaskan mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Hakim Radzi Abdul Hamid dan Hakim Ahmad Shahrir Salleh.

Mahkamah Tinggi sebelum ini mensabitkan Faruk dan Hosneara pada 1 Feb 2024 atas tuduhan menculik Saiful Islam Solihuddin, 25, yang juga pekerja binaan.

Kesalahan itu didakwa berlaku di stesen bas Kulim, Kedah, kira-kira 11.15 malam pada 22 Dis 2018.

Pihak pendakwaan mendakwa penculikan itu dilakukan dengan niat bersama untuk menahan Saiful bagi mendapatkan wang tebusan.

Peguam Faruk, RSN Rayer, berkata Mahkamah Rayuan bersetuju dengan hujah pembelaan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam kes penculikan, iaitu niat untuk menahan mangsa.

Menurut Rayer, mahkamah menerima keterangan saksi pendakwaan kelima, Noor Ali Syafikh Marzuki, yang berada di rumah berkenaan sepanjang lima hari Saiful didakwa ditahan di situ.

Saksi itu memberi keterangan bahawa Saiful bebas bergerak dan tidak dikurung atau dihalang pergerakannya.

Mahkamah juga menerima kemungkinan bahawa kejadian penculikan itu sebenarnya direka bagi mendapatkan wang daripada bapa Saiful.

Faruk diwakili Rayer dan R Thandayuthabany, manakala Ahmad Taufiq Baharom mewakili Hosneara.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Rafidah Zainuddin mengendalikan pendakwaan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.