Semalam, Takyuddin Hassan dipetik berkata hala tuju sokongan PAS kepada Bersatu dan PRN Johor akan ditetapkan dalam mesyuarat khas, hari ini.Semalam, Takyuddin Hassan dipetik berkata hala tuju sokongan PAS kepada Bersatu dan PRN Johor akan ditetapkan dalam mesyuarat khas, hari ini.

Mesyuarat khas PAS tak bincang isu Bersatu, kata pemimpin

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Kerjasama PAS dan Bersatu tamat pada 8 Jun lalu namun kedua-duanya masih kekal dalam Perikatan Nasional (PN).

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini tidak membincangkan sebarang isu berkaitan Bersatu, kata seorang pemimpinnya.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dilaporkan Sinar Harian mengesahkan mereka akan memutuskan hala tuju sokongan kepada Bersatu dan PRN Johor pada mesyuarat terbabit.

Ditemui media selepas mesyuarat berkenaan, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Awang Hashim berkata tiada perbincangan dengan Bersatu yang hubungan dengan partinya tamat 8 Jun lalu walaupu kedua-duanya kekal dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata mesyuarat itu sebaliknya hanya bertujuan memperjelaskan kenyataan Presiden PAS Hadi Awang berhubung pendirian parti pada PRN Johor.

“Tak ada, tak ada perbincangan mengenai Bersatu. Kita dalam gabungan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Hadi selepas mesyuarat itu mengumumkan empat ketetapan PAS berkait PRN Johor iaitu berusaha mempertahankan kuasa politik Melayu Islam dan menggerakkan seluruh jentera di 11 kerusi ditandingi.

Menyantuni pengundi dari segenap lapisan masyarakat dengan slogan ‘Jom Jaga Johor’ dan menyeru pemilih tidak mengundi Pakatan Harapan (PH) termasuk dalam dua penjuru melibatkan dengan Barisan Nasional (BN).

Walaupun PAS sebelum ini memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, kedua-dua parti masih berada dalam PN bersama Gerakan, MIPP, Pejuang dan Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang sebelum ini dijenamakan daripada Parti Cinta Malaysia (PCM)

Pada PRN Johor, PN bertanding di 33 daripada 56 kerusi DUN, dengan Bersatu bertanding di 16 kerusi, PAS 11, MIPP lima dan Pejuang satu.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002743
$0.00002743$0.00002743
+4.45%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.