Azmi Hassan berkata ketirisan 1 bilion liter setahun tatkala ketidaktentuan rantaian bekalan tenaga menjadikan penyasaran semula subsidi diesel sukar ditangguhkanAzmi Hassan berkata ketirisan 1 bilion liter setahun tatkala ketidaktentuan rantaian bekalan tenaga menjadikan penyasaran semula subsidi diesel sukar ditangguhkan

Penyasaran diesel langkah betul walau tak popular, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Penganalisis berkata penjelasan yang perlu dibuat adalah subsidi diesel dilaksanakan kerana isu bekalan tenaga bukan kewangan semata-mata.

PETALING JAYA: Penyasaran semula subsidi diesel adalah langkah sukar tetapi perlu bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan bekalan cukup untuk semua, kata penganalisis.

azmi hassanAzmi Hassan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, sebarang reformasi subsidi lazimnya mengundang persepsi negatif kerana dilihat sebagai pengurangan bantuan kepada rakyat.

Katanya, namun subsidi pukal tidak boleh dikekalkan jika perbelanjaan awam terus bocor kepada pihak tidak layak, lebih-lebih lagi ketika krisis bekalan global.

“Beban yang ditanggung kerajaan akibat ketirisan 1 bilion liter diesel di Borneo dan Semenanjung, dalam keadaan rantaian bekalan tenaga yang tidak menentu akibat apa yang berlaku di Asia Barat, memaksa kerajaan bertindak,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, walaupun dasar itu tidak popular ia tetap perlu dilaksanakan kerana kelewatan hanya akan membesarkan beban kewangan kerajaan dan memberi ruang kepada ketirisan.

Mulai 1 Julai, kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak boleh membeli diesel pada harga RM2.10 seliter menggunakan MyKad, dengan kuota asas sehingga 200 liter sebulan.

Pemilik pikap dan jip yang layak boleh memohon tambahan 100 liter, manakala mekanisme berasingan dikekalkan bagi sektor kritikal termasuk nelayan, petani kecil serta pengangkutan awam dan komersial.

Azmi berkata, mekanisme baharu itu bukan sahaja membolehkan kerajaan menumpukan subsidi kepada rakyat yang layak, tetapi juga mengurangkan harga diesel bersubsidi dari RM2.15 seliter kepada RM2.10 seliter.

Bagaimanapun, beliau berkata penjelasan kerajaan perlu tertumpu kepada asas dasar itu, iaitu melindungi bekalan tenaga, mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kecekapan perbelanjaan.

“Penjelasan yang betul-betul kena dibuat ialah subsidi diesel ini dilaksanakan kerana isu bekalan tenaga, bukan kewangan semata-mata,” katanya.

Katanya, penerimaan rakyat akhirnya bergantung kepada pelaksanaan di lapangan, khususnya sama ada sistem MyKad, kuota tambahan dan bantuan kepada sektor kritikal berjalan lancar.

Menurutnya, jika dilaksanakan dengan baik, penyasaran semula subsidi diesel boleh dilihat sebagai langkah bertanggungjawab untuk melindungi kewangan negara tanpa menarik perlindungan daripada rakyat yang benar-benar memerlukan.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002587
$0.00002587$0.00002587
-0.99%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.