Tiga suspek berjaya ditahan dalam kejadian di sebuah institusi kebajikan belia di pusat bandar Stade itu.Tiga suspek berjaya ditahan dalam kejadian di sebuah institusi kebajikan belia di pusat bandar Stade itu.

6 maut dalam insiden tembakan di Jerman

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Enam dilaporkan maut dalam insiden tembakan di sebuah institusi kebajikan belia di pusat bandar Stade, Jerman. (Gambar EPA Images)

BERLIN: Insiden tembakan di bandar Stade, utara Jerman pada Isnin meragut enam nyawa, dengan tiga suspek berjaya ditahan polis, lapor Xinhua memetik laporan media Jerman.

Menurut pihak berkuasa Jerman, kejadian itu berlaku di sebuah institusi kebajikan belia di pusat bandar Stade, negeri Lower Saxony.

Setakat ini, pihak berkuasa mengesahkan enam individu yang kesemuanya merupakan kakitangan institusi berkenaan maut, dengan lima meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa keenam meninggal dunia di hospital.

Tiga suspek yang ditahan polis, termasuk seorang lelaki yang melepaskan tembakan dan dua wanita.

Menurut saluran berita Jerman FOCUS yang memetik polis, pertikaian hak penjagaan membabitkan seorang bayi berusia tiga bulan berkemungkinan menjadi punca jenayah itu.

Suspek lelaki itu ialah bapa kepada bayi berkenaan dan dilahirkan di Jerman dalam keluarga berketurunan Turkiye.

Pada sidang media Isnin malam, pihak berkuasa memaklumkann bahawa wanita yang cuba melarikan diri bersama suspek dengan menaiki sebuah kereta mempunyai hubungan rapat dengan keluarga suspek. Polis turut mengesahkan bahawa ibu bayi itu ialah wanita kedua yang ditahan.

Pihak berkuasa Jerman menyatakan tiada bukti menunjukkan jenayah itu bermotifkan politik atau ekonomi. Siasatan masih dijalankan dan polis belum mengenal pasti motif sebenar.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

You May Also Like