Anwar Ibrahim berkata hanya Selangor dan Pulau Pinang menerima peruntukan lebih rendah berbanding hasil cukai disumbangkan kepada kerajaan persekutuan.Anwar Ibrahim berkata hanya Selangor dan Pulau Pinang menerima peruntukan lebih rendah berbanding hasil cukai disumbangkan kepada kerajaan persekutuan.

Kebanyakan negeri terima lebih peruntukan berbanding hasil kepada Putrajaya, kata PM

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Anwar IbrahimAnwar Ibrahim berkata negeri ditadbir PN iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis menerima lebih banyak peruntukan persekutuan, terutama bagi program membasmi kemiskinan dan menaik taraf infrastruktur. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kebanyakan negeri menerima peruntukan persekutuan lebih tinggi daripada jumlah hasil cukai yang disalurkan kepada kerajaan pusat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga menteri kewangan menolak dakwaan bahawa ada negeri dipinggirkan dari segi peruntukan kerajaan persekutuan.

Beliau berkata hanya Selangor dan Pulau Pinang menerima peruntukan lebih rendah berbanding jumlah hasil yang disumbangkan kepada perbendaharaan negara.

Bagi Selangor, katanya, negeri itu menerima RM15 bilion setahun dari 2023 hingga 2025, walaupun menyumbang purata RM43.6 bilion hasil cukai dalam tempoh sama.

Pulau Pinang pula, katanya, menyumbang RM10.7 bilion dari 2023 hingga 2025, tetapi hanya menerima RM7.9 bilion.

Beliau berkata perkara itu membuktikan dakwaan bahawa negeri ditadbir DAP itu menerima lebih banyak peruntukan daripada Putrajaya adalah tidak benar.

Sebaliknya, Anwar berkata negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis menerima peruntukan lebih tinggi daripada kerajaan persekutuan, terutama bagi inisiatif membasmi kemiskinan dan menaik taraf infrastruktur.

Katanya, semua negeri turut menerima kenaikan bagi Pemberian Pemindahan Fiskal Ekologi dan pemberian berdasarkan bilangan penduduk.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa kerajaan Madani memberikan peruntukan tertinggi kepada negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan berbanding kerajaan sebelum ini.

Perbelanjaan persekutuan kepada negeri pada 2022 dan 2026. (Gambar PMO)

“Oleh itu, saya harap penjelasan ini dapat menghentikan tuduhan dan fitnah tidak berasas,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Anwar menjawab soalan Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman), yang meminta perdana menteri menjelaskan dakwaan bahawa peruntukan persekutuan kepada negeri tidak adil dan tidak mencukupi berbanding hasil yang dikutip.

Minggu lalu, Anwar berkata Johor menyumbang purata RM14 bilion setahun kepada kerajaan persekutuan antara 2023 hingga 2025.

Bagaimanapun, katanya, Putrajaya menyalurkan semula purata RM16 bilion setahun kepada Johor melalui pelbagai projek pembangunan, peruntukan operasi dan program berkaitan.

Sebagai perbandingan, Anwar berkata Johor menerima kira-kira RM6 bilion hingga RM7 bilion setahun bagi perbelanjaan mengurus ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

Jumlah itu meningkat kepada RM8.7 bilion di bawah kerajaan Madani.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002684
$0.00002684$0.00002684
+2.20%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.