Siasatan awal dapati suspek disyaki minta rasuah pada 23 Jun lepas, sebagai balasan tak ambil tindakan terhadap sebuah syarikat.Siasatan awal dapati suspek disyaki minta rasuah pada 23 Jun lepas, sebagai balasan tak ambil tindakan terhadap sebuah syarikat.

SPRM tahan pegawai kanan agensi kuat kuasa disyaki minta rasuah RM50,000

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
macc sprmPengarah SPRM Selangor Mohd Azwan Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa kerana disyaki meminta rasuah kira-kira RM50,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap sebuah syarikat yang memiliki kenderaan tidak berdaftar.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30an itu ditahan kira-kira 5 petang semalam di sekitar Lembah Klang.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 23 Jun lepas dan meminta wang rasuah RM50,000 untuk menutup kes syarikat tersebut.

“Namun, suspek bersetuju untuk menerima wang rasuah secara tunai sebanyak RM15,000 setelah diminta mengurangkan bayaran daripada RM50,000,” katanya, lapor Bernama.

Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini membenarkan permohonan SPRM agar suspek direman tiga hari bermula hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Mohd Azwan Ramli yang mengesahkan penahanan itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.