Menteri pelaburan, perdagangan dan industri berkata, WTO perlu berkebolehan tangani amalan perdagangan bersifat diskriminasi yang berlaku di mana-mana sahaja.Menteri pelaburan, perdagangan dan industri berkata, WTO perlu berkebolehan tangani amalan perdagangan bersifat diskriminasi yang berlaku di mana-mana sahaja.

WTO perlu sesuai peranan untuk kekal relevan, kata Johari

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
johari ghaniMenteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Abdul Ghani berkata, WTO perlu berupaya sesuaikan diri dengan realiti ekonomi antarabangsa semasa.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) perlu melakukan penyesuaian terhadap realiti ekonomi antarabangsa pada masa ini untuk kekal relevan dalam keadaan persaingan yang semakin sengit dan dinamik perdagangan global yang berubah-ubah, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Johari Abdul Ghani.

Menurutnya, WTO ditubuhkan ketika usaha mengurangkan halangan perdagangan dan memperluas akses pasaran dilihat sebagai pemacu kepada kemakmuran ekonomi dan kestabilan antarabangsa, namun pembuat dasar pada masa kini berdepan persekitaran yang jauh berbeza.

“WTO perlu berupaya melakukan penyesuaian dengan realiti ekonomi antarabangsa pada masa ini. Organisasi ini perlu terus memenuhi keperluan kesemua negara anggota dan berkebolehan menangani amalan perdagangan yang bersifat diskriminasi yang berlaku di mana-mana sahaja,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik (APR) ke-39, anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (Isis) Malaysia hari ini.

Menurut Johari, dasar ekonomi pada masa ini semakin dipengaruhi oleh pertimbangan berkaitan daya tahan ekonomi, kepimpinan teknologi, autonomi strategik serta keterjaminan rantaian bekalan.

“Dalam pelbagai aspek, perbincangan kini telah beralih daripada usaha membuka pasaran kepada persoalan bagaimana keupayaan strategik perlu dilindungi. Jika WTO tidak berubah mengikut keadaan semasa, terdapat risiko untuk WTO (akan) semakin kurang relevan,” katanya.

Johari berkata, dalam keadaan persaingan strategik yang semakin sengit, keperluan terhadap peraturan pelbagai hala yang berwibawa kini menjadi lebih penting.

“Kita memerlukan institusi yang berkemampuan meredakan ketidaktentuan, menguruskan pertikaian dan mengelakkan ketegangan ekonomi daripada berkembang menjadi konflik geopolitik yang lebih meluas,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Malaysia terus memperkukuh sokongannya terhadap sistem perdagangan pelbagai hala, sistem itu sendiri perlu berkembang dan melakukan penyesuaian agar terus besesuaian dalam dunia yang berubah dengan pantas.

APR ke-39 ialah persidangan antarabangsa tahunan utama anjuran Isis Malaysia bagi pihak rangkaian Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Asean.

Bertemakan ‘Accelerating Agency and Action’, persidangan yang bermula hari ini hingga 2 Julai itu menghimpunkan pembuat dasar, diplomat, pegawai tentera, ahli akademik, pemimpin perniagaan serta pakar badan pemikir bagi membincangkan isu utama geopolitik, ekonomi dan keselamatan yang mempengaruhi rantau Asia Pasifik.

Market Opportunity
Decentraland Logo
Decentraland Price(MANA)
$0.06327
$0.06327$0.06327
+3.29%
USD
Decentraland (MANA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.