Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata bekalan petroleum negara ketika ini kekal stabil dan mencukupi.Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata bekalan petroleum negara ketika ini kekal stabil dan mencukupi.

Subsidi bahan api dijangka cecah hampir RM40 bilion

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
RON95Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata sebanyak 2,311 tangkapan telah dibuat antara2023 hingga 9 Jun tahun ini berhubung kes penyelewengan dan penyeludupan diesel serta petrol bersubsidi.

PETALING JAYA: Kerajaan dijangka membelanjakan hampir RM40 bilion bagi subsidi bahan api tahun ini susulan krisis tenaga global, lebih dua kali ganda berbanding RM15 bilion yang pada awalnya diperuntukkan dalam Belanjawan 2026.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata kerajaan telah membelanjakan RM1.6 bilion untuk pemberian subsidi petrol RON95 dan diesel pada Januari dan Februari, sebelum ia melonjak kepada sekitar RM5 bilion sebulan pada Mac dan April.

“Sekiranya harga pasaran semasa ini kekal, kerajaan dijangka akan menanggung jumlah subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion bagi 2026,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Salamiah Nor (PN-Temerloh).

Anwar, yang juga menteri kewangan, berkata peningkatan jumlah subsidi itu membolehkan warganegara Malaysia yang layak untuk menikmati petrol pada harga subsidi RM1.99 seliter di bawah skim BUDI95.

Beliau menambah diesel subsidi pada harga RM1.65 seliter untuk nelayan, manakala diesel turut dijual pada harga RM2.10 seliter di bawah inisiatif BUDI Diesel.

Selain itu, terdapat juga Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) di mana RON95 dijual pada harga RM2.05 seliter, manakala harga diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) ditetapkan pada RM2.15 seliter.

“Bekalan petroleum negara ketika ini kekal stabil dan mencukupi. Kerajaan Madani akan terus memperkukuh langkah keterjaminan bekalan dalam jangka panjang dan subsidi bersasar ketika krisis bekalan global masih berlarutan.

“Keutamaan kerajaan adalah memastikan rakyat terus dilindungi sekiranya krisis ini berpanjangan, khususnya kepada golongan yang paling terkesan dengan tekanan kos sara hidup dan kenaikan harga global.

“Kerajaan akan terus memantau kedudukan fiskal dan keupayaan subsidi secara berterusan bagi memastikan bantuan dapat diteruskan secara mampan dan bersasar,” katanya.

Ketirisan bahan api, tangkapan penyeludupan

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, berkata seramai 212 individu yang terlibat dalam 302 kes penyelewengan bahan api di Semenanjung Malaysia telah ditahan setakat tahun ini. Sebagai perbandingan, 348 tangkapan dibuat pada tahun 2025, melibatkan 480 kes.

Beliau berkata, di Sabah pula seramai 64 orang ditahan bagi kes yang sama, manakala 26 individu ditahan di Sarawak.

Pada 2025, jumlah tangkapan di Sabah dan Sarawak masing-masing adalah 113 dan 17.

“Sejak 2023 hingga 9 Jun tahun ini, sebanyak 2,311 tangkapan telah dibuat melibatkan 4,145 kes berkaitan penyelewengan dan penyeludupan diesel serta petrol bersubsidi,” katanya.

Market Opportunity
Bilibili (Ondo) Logo
Bilibili (Ondo) Price(BILION)
--
----
USD
Bilibili (Ondo) (BILION) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

You May Also Like

BlackRock Transfers $212M in Bitcoin to Coinbase, Signaling ETF Activity

BlackRock Transfers $212M in Bitcoin to Coinbase, Signaling ETF Activity

BitcoinWorld BlackRock Transfers $212M in Bitcoin to Coinbase, Signaling ETF Activity BlackRock, the world’s largest asset manager and a leading issuer of spot
Share
bitcoinworld2026/07/01 20:05
Belgium vs Senegal Tactical Preview: World Cup 2026 Game Plan, Key Battles and Match Prediction

Belgium vs Senegal Tactical Preview: World Cup 2026 Game Plan, Key Battles and Match Prediction

Belgium vs Senegal tactical preview focuses on a classic knockout contrast: Belgium’s control and creativity against Senegal’s speed and transition threat. Belgium enter the World Cup 2026 Round of 32 as Group G winners with a fully fit squad, while Senegal arrive as one of the best third-placed teams after a difficult group stage. Belgium are expected to rely on Kevin De Bruyne’s passing, Jérémy Doku’s one-on-one danger and Romelu Lukaku’s penalty-box presence.
Share
MEXC NEWS2026/07/01 22:02
Belgium vs Senegal Key Players: World Cup 2026 Stars to Watch, Matchups and Prediction Angles

Belgium vs Senegal Key Players: World Cup 2026 Stars to Watch, Matchups and Prediction Angles

Belgium vs Senegal key players will decide one of the most interesting Round of 32 matchups at the World Cup 2026. Belgium have the stronger squad on paper, led by Kevin De Bruyne, Jérémy Doku, Romelu Lukaku and Thibaut Courtois. Senegal, however, bring speed and physical danger through Sadio Mané, Ismaïla Sarr, Nicolas Jackson and Kalidou Koulibaly. This guide looks at the most important players, the key matchups, tactical impact and prediction market angles. For the full match preview, read the main Hub article: Belgium vs Senegal Prediction: World Cup 2026 Round of 32 Preview, Lineups, Odds and Score Forecast.
Share
MEXC NEWS2026/07/01 21:49