Calon PH mahu tumpu peluang pekerjaan, jalan raya dan agropelancongan bagi menghidupkan semula ekonomi setempat.Calon PH mahu tumpu peluang pekerjaan, jalan raya dan agropelancongan bagi menghidupkan semula ekonomi setempat.

Dari klinik ke politik, Ruban mahu rawat ‘penyakit’ ekonomi Paloh

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Dr Ruban Arumugam dikenali masyarakat setempat melalui khidmatnya di klinik dan penganjuran ekspo kesihatan.

KLUANG: Bermula sebagai doktor yang merawat pesakit, Dr Ruban Arumugam kini ingin meluaskan khidmatnya dengan membantu menyelesaikan ‘penyakit lebih parah’ di DUN Paloh.

Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi itu sudah mengenal pasti isu memerlukan penyelesaian segera seperti kekurangan peluang pekerjaan, penghijrahan anak muda dan pembangunan ekonomi perlahan.

Berusia 42 tahun, Ruban paling bimbang dengan penghijrahan anak muda Paloh ke Singapura, Kuala Lumpur dan Johor Bahru kerana kekurangan peluang pekerjaan.

Katanya, keadaan itu menyebabkan ramai ibu bapa dan warga emas tinggal bersendirian kerana anak merantau mencari rezeki.

Meskipun belum bergelar ‘Yang Berhormat’, beliau sudah memulakan insiatif berbincang dengan syarikat swasta untuk mengembangkan operasi di Paloh.

“Saya sudah berbincang dengan beberapa kilang dari Batu Pahat untuk membuka operasi di Paloh supaya lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan,” katanya kepada FMT.

Pernah berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta, Ruban turut dikenali masyarakat setempat melalui khidmatnya yang membuka klinik di Kluang dan Paloh sejak lebih empat tahun lalu.

Beliau juga aktif menganjurkan pelbagai program termasuk ekspo kesihatan yang mendapat sambutan penduduk.

Ruban akan mencabar penyandang DUN Paloh Lee Ting Han daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingn empat penjuru yang turut membabitkan G Kamaleswaran (bebas) dan D Jeevakumar (Perikatan Nasional).

Beliau yang juga ahli jawatankuasa DAP Johor mahu menumpukan usaha meningkatkan kualiti jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna lebih terjamin terutama bagi laluan Paloh ke Kluang dan Yong Peng.

Ruban turut melihat potensi besar sektor agropelancongan di Paloh yang terkenal dengan hasil sawit dan durian.

Beliau percaya kemudahan perkhidmatan tren elektrik (ETS) yang kini menghubungkan kawasan itu dengan bandar lain mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Kita boleh promosikan Paloh sebagai destinasi agrotourism dan menjadikannya permata baharu Johor,” katanya.

Menyentuh peluang pada PRN 11 Julai ini, Ruban yakin kerusi terlepas daripada PH pada PRN 2022 itu mampu dirampas semula.

Menurutnya, kekalahan itu banyak dipengaruhi faktor pandemik Covid-19 apabila ramai pengundi terutama yang bekerja di Singapura tidak dapat pulang mengundi.

“Kali ini saya amat berharap pengundi terutama anak muda di luar balik mengundi untuk menentukan masa depan di Paloh,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.