Tun Faisal Ismail Aziz berkata semua ahli dan penyokong hendaklah memberikan sokongan penuh kepada calon bertanding menggunakan lambang PN.Tun Faisal Ismail Aziz berkata semua ahli dan penyokong hendaklah memberikan sokongan penuh kepada calon bertanding menggunakan lambang PN.

Sabotaj, kata Bersatu selepas ahli sokong PH di Sri Medan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
BERSATU Sri Medan menyokong calon PHAhli Bersatu Bandar Sri Medan bergambar bersama calon PH DUN Sri Medan Hishamuddin Ishak (duduk tengah).

PETALING JAYA: Bersatu mengecam tindakan ahlinya di Muar yang mengumumkan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) DUN Sri Medan pada PRN Johor, menyifatkannya sebagai sabotaj.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata dasar parti itu konsisten dengan Perikatan Nasional (PN) iaitu semua ahli dan penyokong hendaklah memberikan sokongan penuh kepada setiap calon bertanding menggunakan lambang gabungan.

“Bersatu tidak menyokong PH atau Barisan Nasional (BN) dan tindakan ini selaras dasar dan ketetapan PN. Tiada sebarang keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi PN mahupun dasar rasmi PN yang mengarahkan atau membenarkan sokongan kepada PH atau BN.

“Sebarang tindakan yang boleh menjejaskan peluang kemenangan mana-mana calon PN boleh dianggap sebagai satu bentuk sabotaj terhadap usaha bersama parti komponen PN dalam menghadapi PRN Johor,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, sekumpulan kecil ahli Bersatu Bandar Sri Medan menyatakan sokongan kepada calon PH di kerusi itu atas alasan kestabilan kerajaan perpaduan.

Mereka menegaskan tidak kecewa dengan PN dan masih kekal sebagai ahli Bersatu.

Penyandang kerusi Sri Medan, Zulkurnain Kamisan daripada BN, yang akan mempertahankan DUN itu bagi penggal keempat dicabar Hishamuddin Ishak (PH) dan Rosdi Bahari daripada PAS yang mewakili PN.

PAS dan Bersatu menamatkan kerjasama politik bulan lalu tetapi masih komponen dalam PN. Namun, kedua-duanya tidak membantu antara satu sama lain dalam kempen PRN Johor.

PAS mengarahkan ahlinya menyokong BN di kerusi tidak ditandingi PN, tetapi Bersatu menyerahkan kepada penyokongnya untuk menentukan sendiri calon mahu diundi.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002701
$0.00002701$0.00002701
+0.03%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.